PANDUAN MENANAM LIMAU
(Tanaman Jangka Panjang)
PENGENALAN:
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau. Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis. Enam hari selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil. Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis).
Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual (lihat maksudnya) manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo).
Limau Mandarin dari Wikipedia
Ebook Teknologi Penanaman Limau
VARIETI LIMAU
Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis potong (sweet orange). Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis). Limau Langkat dan limau jenis "Kwantung" lebih digemari oleh masyarakat berbanding dengan limau mandarin jenis lain. Disamping itu, limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran. Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi.
LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan)
Sejenis limau Mandarin. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia.
Kematangan Pokok Limau Madu
Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim utama pengeluaran buahnya yang tinggi. Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November.
Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik. Penentuan peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah, perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa. Buah limau madu sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi berkilat dan mudah dikupas.
Penuaian dilakukan dengan menggunakan gunting atau sekateur. Buah dipetik dengan cara memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama. Pada kali kedua tangkai dipotong lebih rapat dengan permukaan buah. Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti bakul atau kotak. Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan kerana boleh mengoyakkan kulit buah. Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan terus ke dalam bakul atau kereta sorong. Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam.
LIUKAN (Citrus reticulata Blanco)
Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren. Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain. Varieti limau ini mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja dan perlu diganti. Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit virus tristeza.
CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco)
Berasal dari daerah Chaozhou, Cina. Menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid. Varieti ini tidak sepopular varieti limau madu. Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan masalah utama dan mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening'.
KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan)
Ia sangat diminati oleh masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza. Varieti ini mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu melaksanakan proses penjarangan buah. Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang berasa masam dan tidak sesuai untuk dipasarkan.
PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki Hort.ex.Tan)
Limau daripada varieti ini menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Varieti ini paling banyak diusahakan di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai Hokkienkam. Walaupun ia menghasilkan buah yang bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan berbanding dengan varieti limau yang lain.
LIMAU PURUT
Limau purut berbau lebih kuat dan tajam. Berasal dari kepulauan Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama. Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'.
Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa ruak atau arak beras. Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
Panduan menanam limau purut (pdf) - klik
Istilah Limau Purut dari Wikipedia - klik
Khidmat Online: Limau purut - klik
LIMAU BALI (Citrus grandis (L) Osbeck)
Limau Bali adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus. Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi.
Istilah Limau Bali dari Wikipedia
Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik !
LIMAU NIPIS (Citrus Aurantifolia)
Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik !
LIMAU LANGKAT (Citrus suhuiensis)
Sejenis Limau Mandarin. Penerangan lanjut mengenai limau ini adalah dalam format pdf. Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik !
Penghasilan Buah:
Pokok limau langkat yang dibiak secara tampang, sama ada secara cantuman atau tut akan mengeluarkan hasil selepas 2-4 tahun ditanam di ladang. Limau Langkat dan limau madu berpotensi mengeluar hasil daripada 8 tan/ha. pada tahun ke empat sehingga 24 tan/ha. pada tahun ke enam dan seterusnya. Tempoh jangka hayat ekonomik untuk kebanyakan jenis limau ialah antara 15-20 tahun.
Musim Buah:
Limau langkat adalah pokok buah yang tidak bermusim tetapi mempunyai musim utama pengeluaran buah (bulan Oktober hingga November dan bulan Mac hingga April).
Kematangan Buah:
Cara yang biasa digunakan bagi menentukan tahap kematangan buah limau langkat ialah berdasarkan perubahan warna kulit, saiz dan ketumpatan buah. Buah limau mencapai tahap matang apabila warna kulit berubah daripada hijau kepada sedikit kekuningan. Kebiasaannya buah limau langkat matang dalam masa 8 1/2 bulan dan 9 1/2 bulan bagi limau madu selepas bunga kembang dan boleh dipetik. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut dan senang dikupas.
Pengutipan Hasil:
Pengutipan hasil biasanya dilakukan menggunakan gunting bagi mengelakkan kecederaan mekanikal kepada buah. Buah hendaklah dipotong bersama-sama dengan tangkainya sepanjang antara 3-5 cm. Buah-buah yang dipetik biasanya diisi ke dalam bekas atau bakul rotan kecil yang dilapik daun limau supaya tidak cedera.
Pengendalian Pascatuai:
Pengendalian dan pengangkutan di ladang
Pengangkutan dari ladang ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan boleh dilakukan dengan kereta sorong, treler atau kaedah lain bergantung kepada saiz ladang. Penghantaran ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan perlu dijalankan dengan cepat bagi mengawal penurunan mutu dan kerosakan yang tinggi.
Pengedalian di rumah pembungkusan (pemilihan, pembasuhan,
pengeringan, penggredan, pembungkusan, penyimpanan)
Di rumah pembungkusan buah limau akan melalui beberapa proses sebelum sampai kepada pengguna iaitu pemilihan, pembasuhan, pengeringan dan penggredan.
Pengedaran dan pengagihan (penjualan)
Kebanyakan buah limau yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan dan diedar melalui pengangkutan jalan darat.
LIMAU BALI MELOMAS
Varieti : KK 2 (Melomas), PO 51 (Sha Thing), PO 52 (Tambun). Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik !
PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN
Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti. Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh. Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun. Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) oleh akar tanaman limau. Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar.
Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau. Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut. Selain baga kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 2-4 kg/sepokok/setahun.
Umur pokok
(tahun) Baja Kompaun
NPK (15:15:15) (g) Magnesium
Limestone (g)
1 133 20
2 326 50
3 606 90
4 907 136
Baja Kompaun
NPK (12:12:17 + TE)(kg) Magnesium
Limestone (g)
5 1.5 182
6 1.5 182
7 1.5 182
8 2.0 227
9 2.0 227
10 2.0 227
10-15 2.6 318
15-20 3.0 364
Disamping itu, tanaman limau juga agak sensitif terhadap kekurangan elemen-elemen miktro seperti zink, magnesium dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini, baja semburan yang mengandungi elemen-elemen ini perlu disembur pada kuantiti yang cukup untuk menentukan hasil yang maksima. Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen mikro dan kuantiti yang diperlukan oleh tanaman limau untuk hasil yang optima.
Elemen Kadar
Zink 1.5 g zink sulfate dengan kalsium hidroksida dalam satu liter air.
Molybdenum 0.06 g sodium molydbdate / satu liter air.
Magnesium 3.0 g metallic sulfate dengan 1 g. kalsium hidroksida / satu liter air.
Boron 0.25 g. soluble borate.
Baja untuk tanaman limau boleh ditabur pada jarak 30-60 cm daripada cabang terluar pokok tersebut ataupun baja boleh juga ditanam ke dalam lubang sedalam 15 cm di sekeliling pokok tersebut.
PROSES PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN SECARA CANTUMAN
KAEDAH TUT, CANTUMAN BAJI DAN PEMANGKASAN POKOK
Sila klik di sini untuk mendapatkan penerangan seterusnya - klik !
PENYAKIT-PENYAKIT TANAMAN LIMAU
PENYAKIT 'GREENING"
"Greening Disease (Liberobacter asiaticum)
Penyakit Grening tanaman limau adalah penyakit yang merbahaya bagi kemajuan industri limau di negara ini dan berasal dari negara China. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis hidupan yang sangat kecil dan disebarkan oleh serangga pembawa dari jenis kutu leloncat. Di Malaysia, serangga pembawa yang dikenalpasti ialah Diaphorina citri. Kuw. Penyakit ini boleh mengurangkan jumlah hasil mutu buah. Pada kadar serangan yang teruk, pokok limau boleh mati.
Cara Kerosakan Berlaku:
Serangga pembawa Penyakit Greening yang dewasa berukuran 2-3 mm panjang dan berwarna coklat keperangan. Serangga dewasa dan anak akan menghisap cecair daun terutama daun-daun muda. Apabila serangga pembawa menghisap pokok lain, cecair yang telah sedia ada di dalam badan serangga itu akan dipindahkan kepada pokok tersebut. Oleh itu, sekiranya serangga pembawa menghisap cecair daun daripada pokok yang berpenyakit, penyakit greening akan disebarkan dari pokok ke pokok.
Tanda-tanda Penyakit:
Penyakit Greening boleh dikenali apabila salah satu atau lebih daripada satu tanda-tanda berikut kelihatan pada pokok limau:-
Warna kekuningan boleh dilihat di antara urat daun.
Tanda ini bermula dari satu dahan dan merebak ke dahan lain.
Tompok-pokok hijau pada daun.
Pertumbuhan tunas menjadi rapat dan tegak.
Tunas dan ranting layu dan mati.
Buah-buah muda menjadi kuning oren atau merah bertompok.
Bentuk buah tidak seimbang bulat dan akhirnya gugur.
Langkah-langkah Pengawalan:
Program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:-
Gunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit
Pemeriksaan tanda-tanda penyakit
Perhatikan tanda-tanda penyakit dan tandakan pokok yang berpenyakit serta pokok-pokok di dalam lingkungan 30 meter di sekeliling pokok yang berpenyakit tersebut.
Kawalan Punca Penyakit:
Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai. Ranting yang telah dicantas dan semua buah dari pokok yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan dengan membakar atau menanam sedalam tidak kurang daripada satu meter. Jika serangan teruk, pokok limau yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dibakar atau ditanam. Langkah ini dapat menghalang penyakit daripada merebak ke bahagian atau pokok limau yang lain. (Klik untuk lihat panduan mencantas/pangkas pokok).
Kawalan Serangga Pembawa penyakit:
Sembur pokok-pokok yang telah ditanda dengan racun serangga bagi menghapuskan serangga pembawa. Racun serangga seperti Dimethoate atau Deltamethrine boleh disembur dua minggu sekali terutama semasa pengeluaran pucuk muda kerana pada masa ini populasi Diaphorina citri adalah tinggi. Untuk memastikan program kawalan yang berkenaan, langkah-langkah pengawalan ini perlu diulang setiap dua minggu sekali.
PENYAKIT KERUPING
"Scab" (Elsinoe fawcetti)
Keruping biasanya kelihatan timbul di permukaan kulit buah dan daun. Bermula dengan luka kecil yang kelihatan seperti titik yang pudar bertukar menjadi kekutil yang mengandungi tisu gabus berwarna perang pucat. Daun akan bertukar menjadi berkerekot dan bertukar bentuk dan akhirnya dahan-dahan muda akan dijangkiti. Penyakit ini merebak dengan cepat di peringkat semaian. Kawalan kultura seperti pengudaraan yang sempurna dan pengairan secara 'overhead sprinkler' pada semaian semasa pokok sedang berpucuk selama 2-3 minggu disyorkan. Gunakan racun kulat, terutamanya pada peringkat semaian ketika pokok sedang berpucuk muda untuk mengelakkan masalah ini.
PENYAKIT VIRUS TRISTEZA
(Tristeza Virus" (CTV)
Simptom adalah sama seperti pokok yang diserang pada akar, termasuk terencat pertumbuhan. Pada jenis yang rentan penyakit ini, simptom batang berjalur, kekuningan urat daun dan kematian pucuk dapat dilihat dengan mengupas kulit. Penyebaran virus ini bergantung kepada keadaan iklim. Di tanah rendah di mana suhu panas, virus ini tidak merebak begitu cepat. Anak benih yang ditanam haruslah dibiakkan melalui kaedah cantuman tunas hujung dan mesti rintang kepada virus tristeza. Anak benih yang mula membesar disyorkan diberi rawatan suhu panas dengan meletakkan pokok-pokok tersebut di dalam rumah plastik. Menyembur racun serangga untuk mencegah vektor kutu daun dua kali setahun disyorkan.
PENYAKIT PHYTHOPTHORA
(Phythopthora Canker" (Phythopthora spp.)
Cabang-cabang menjadi kering dan tiada pertumbuhan baru. Bila akar reput, seluruh pokok menjadi kering dengan cepat. Simptom adalah daun yang berwarna kuning yang hampir sama dengan simptom kekurangan unsur nitrogen. Pada pangkal batang, luka kecil berwarna hitam muncul kemudian berkembang dengan keluaran gam berwarna coklat menjadi tanda-tanda gummosis. Pengeluaran gam bermula dengan kematian kulat dan menjadi nekrosis pada kayu. Penyakit ini boleh dikawal dengan berkesan melalui kaedah mencantum tunas pada pokok penanti yang rintang. Mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti 25-30 cm dan paras tanah supaya pokok baka tidak terkena percikan air. Kawalan rumpai di sekeliling pokok juga perlu bagi memastikan sekitaran sentiasa kering. Sekiranya pokok dijangkiti, semburan racun kulat boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali. (Sila lihat panduan cantuman pokok).
PENYAKIT KANKER LIMAU
"Canker" (Xanthomonas campestgris)
Simptom kelihatan pada daun, ranting dan buah pada kesemua varieti limau. Kerosakan pada seluruh pokok terutamanya pada daun dan buah. Kanker berasal daripada liang-liang kecil berwarna gelap kemudian coklat dan dikelilingi oleh liang berwarna kuning. Bila besar, ia kelihatan sebagai gabus yang bahagian tengahnya pecah. Luka terjadi pada bahagian gabus dan bawah permukaan daun. Pengusaha boleh menanam pokok-pokok penahan angin untuk mengurangkan kerosakan fizikal pada pokok. Racun kulat hendaklah disembur jika jangkitan agak serius. Langkah-langkah pembasmian bakteria yang berkesan termasuk (1) mengumpul dan membakar daun-daun berpenyakit yang gugur (2) merendam mata tunas dalam 1000 ppm streptomycine (antibiotik) selama satu jam sebelum mencantum di peringkat tapak semaian.
PENYAKIT KULAPUK HITAM
"Sooty Mold" (Capnodium citri)
Biasanya berlaku di kawasan yang panas dan lembap. Bila kulat tumbuh dengan banyak (berwarna hitam berjelaga pada daun), ia menghalang daun dari menerima cahaya. Kulapuk hitam tidak memberi kesan pada pertumbuhan pokok tetapi ianya menjadi amaran kehadiran serangga-serangga perosak tanaman yang juga membawa penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus. Ianya juga memberi kesan kepada warna kulit buah semasa matang. Ianya disebabkan oleh beberapa jenis kulat, tetapi yang utamanya ialah Capnodium citri. Kulat ini bukanlah parasit tetapi hidup dengan memakan madu di permukaan pokok yang dikeluarkan oleh serangga tertentu terutamanya afid, 'scale insect' dan larva kepada 'Whitefly'. Tiada kawalan perlu dibuat ke atas penyakit ini. Dengan mengawal serangga-serangga pembekal madu atau gula kepada kulat ini, ianya akan terkawal secara tidak langsung. Kulapuk boleh juga dihilangkan dengan menyembur minyak jenis yang tidak merosakkan pokok.
HAMAMA "Mites"
(Tetranychus spp.)
Terdapat beberapa jenis hamama yang menyerang limau. Diantaranya Hamama merah (Citrus red mite), Hamama leper (Citrus flat mite), Hamama lebar (Broad mite) dan Hamama perak (Citrus silver mite). Hamama menyerang dengan menghisap cecair daun muda dan putik buah. Kulit buah akan menjadi kasar dan berwarna perang dan berkerutu. Kawalan hendaklah dijalankan dari peringkat putik buah lagi dengan menggunakan racun hamama yang sesuai dan berkesan.
LELOMPAT PSYLID
"Psylids" (Diaphorina citri)
Perosak ini adalah serangga vektor penyakit 'greening' limau. Jika serangga ini berada di kawasan yang dijangkiti penyakit 'greening', besar kemungkinan penyakit akan merebak dengan cepat di ladang. Serangga dewasa menghisap cecair dan pucuk dan bertelur di celah-celah daun. Kehadiran perosak boleh dikesan dengan meneliti pucuk limau dan juga menggunakan perangkap pelekat berwarna kuning. Serangga ini boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga jenis sistemik yang berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang minima terhadap serangga agen kawalan biologikal seperti parasitoid dan pemangsa.
KUTU DAUN
"Aphids" (Aphis spp.)
Kutu daun menyerang tunas baru dan daun muda. Serangga ini suka menyerang bahagian pucuk daun muda, peringkat bunga dan putik buah. Bahagian yang diserang akan menjadi cacat dan berkerinting dan terbantut tumbesarannya. Kutu daun merupakan vektor pembawa virus penyakit tristeza limau. Kutu daun boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga jenis umum yang tidak toksik pada serangga agen kawalan biologikal seperti kumbang ladybird. Pembiakan kumbang pemangsa dan agen parasit boleh juga mengawal populasi kutu daun.
KUTU TRIP
"Thrips" (Thrips spp.)
Menghisap cecair daun, pucuk dan bunga. Tunas daun jadi hitam, kering dan gugur. Bunga menjadi kering dan gugur. Pucuk terbantut. Kulit buah berwarna keperakan terutama di bahagian tangkai buah, daun kelihatan kekuningan, menebal dan kedua sisi tepinya menggulung ke atas. serangan sering berlaku pada musim panas.
LALAT BUAH
"Fruit fly" (Bactrocera papayae dan Dacus spp.)
Lalat bertelur pada buah yang hampir masak atau masak. Telur menetas dan larva mengorek masuk ke dalam serta makan isi buah. Terdapat larva lalat di dalam buah bila dikupas. Bahagian yang diserang mudah dijangkiti penyakit kulat atau bakteria. Akhirnya boleh menjadi busuk, reput dan gugur. Sembur dengan bahan penarik seperti umpan protin bercampur racun serangga. Ini amat berkesan kerana ianya membunuh kedua-dua jantina lalat buah.
KOYA
"Mealy bugs" (Planococcus citri Russo.)
Serangga ini menyerang pucuk, daun matang, ranting dan buah. Bahagian yang diserang akan mempunyai tompok-tompok putih akibat koya. Kesan sampingan kehadiran koya ialah terdapatnya kulapuk hitam pada bahagian bawah daun dan permukaan buah. Ini adalah hasil dari pertumbuhan kulat keatas embun madu yang dikeluarkan oleh koya. Pokok akan kelihatan seperti berjelaga. Semburan campuran minyak putih dan racun serangga dapat mengawal perosak ini.
PELOMBONG DAUN
"Leaf Miners" (Phyllocnistis citrella Staint)
Ulat (warna hijau) mengorek ke dalam daun dan menghisap cecair sap epidermis. Setiap ulat berada dalam satu lombong bersinar keperakan dan berkelok-berkelok. Daun menjadi cacat, berkedut-kedut dan bergulung. Selalunya terdapat kepompong berwarna oren di tepi daun.
KEPINDING
"Stink Bug" (Rhynchocoris humeralis Thnbg dan R. Serratus Don.)>
Kepinding yang berwarna hijau ini menghisap cecair dari bahagian daun muda, pucuk dan buah. Daun yang dihisap akan menjadi layu dan kering. Sementara itu, buah pula akan berongga di bahagian isinya dan serangan di peringkat putik boleh menggugurkan buah. Serangga ini boleh dikawal dengan membuat tinjauan ladang yang kerap dan memungut peringkat nimfa dan dewasa dengan tangan. Semburan racun serangga jenis umum boleh mengawal prosak ini.
PENGOREK KULIT LIMAU
"Rind Borer" (Prays endocarpa Meyr.)
Ulat ini menyerang jenis limau yang mempunyai kulit tebal seperti limau bali. Ulat akan mengorek ke dalam kulit buah dan mengeluarkan serpihan tahinya ke permukaan buah. Buah akan kelihatan buruk dan berbinjul-binjul dan ini akan menurunkan nilai komersialnya. Semburan dengan racun serangga di peringkat putik sebelum membalut dapat mengawal perosak ini.
PEROSAK TANAMAN LIMAU
Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
Lalat bertelur dalam buah-buah yang hampir masak/matang dan selepas telur menetas, larva mengorek dalam buah dan memakan tisu. Balut buah dengan kertas seawal yang boleh. Kutip semua buah-buah yang telah diserang dan tanam. Gunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.
Pelombong Daun (Phyllocnistis citrella)
Larva korek dan makan tisu dalam daun. Daun menjadi cacat dan berkedut atau bergulung. Sembur racun hamama dimethoate 0.1% b.a. setiap dua minggu sekali.
Pengorek Buah Limau (Citripestis sagititiferella)
Larva mengorek dan memakan tisu. Dewasa menghisap cecair dari buah. Timbunan sisa makanan akan kelihatan pada lubang yang dikorek. Kumpul dan musnahkan buah yang diserang. Menggunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.
Hamama (Panonychus citri Tetranychus spp.)
Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah, menjadi tompok kuning. Serangan pada permukaan daun dan ini akan menyebabkan banyak daun gugur terutama pada musim kemarau. Sembur dengan kimia seperti propagite dan amitraz 0.1% bahan aktif pada 3 minggu sekali.
Kutu Thrips (Scirtothrip dorsalis)
Menyerang pada bahagian tangkai daun muda dan putik buah. Daun yang diserang akan menebal dan kedua-dua sisinya menggulung ke atas. Tunas daun menjadi hitam, kering dan gugur. Sembur dengan racun kimia seperti malathion (0.1% bahan aktif) setiap dua minggu sekali.
Kutu Lompat (Diaphorina citri)
Menyerang bahagian pucuk dan menghisap cecair. Ia juga menjadi vektor kepada penyakit. Sembur dengan racun seperti imidachloropid (0.005% bahan aktif).
POKOK PENANTI
Pemilihan pokok penanti menjadi faktor utama penanaman pokok limau. Pokok penanti diperkenalkan untuk menangani masalah penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza. Biasanya anak pokok 'mandarin' dan 'sweet orange' yang dibiakkan secara tut tidak dapat dielakkan daripada serangan penyakit tersebut. Oleh yang demikian pokok penanti yang digunakan hendaklah rintang terhadap kedua-dua penyakit ini.
Varieti Troyer Citrange digunakan sebagai pokok penanti untuk 'sweet orange' manakala varieti Cleoptra digunakan sebagai pokok penanti untuk tanaman limau mandarin. Varieti-varieti seperti Poncisrus trifoliate (L) Raf. Rangpur Line, Cleoptra mandarin dan Citrumelo didapati rintang terhadap kedua-kedua penyakit ini. Namun varieti-varieti ini tidak dapat mengawal penyakit 'greening'.
Penggunaan P. trifoliata sebagai pokok penanti akan mengakibatkan pertumbuhan awal yang kurang memuaskan di ladang kerana pokoknya kerdil. Banyak varieti limau yang asli seperti limau nipis dan citron didapati kurang tahan terhadap kedua-dua penyakit ini. Oleh yang demikian, jenis-jenis limau dan citroid lain perlulah dinilai sebelum dijadikan sebagai pokok penanti.
Pemilihan pokok penanti yang baik ditentukan oleh lima kriteria seperti berikut:-
ketahanan terhadap penyakit reput batang phythopthora
bersesuaian dengan iklim dan keadaan tanah di tempat yang ditanam
bersesuaian dengan varieti yang dicantumkan
memberi hasil yang maksima ataupun memuaskan
toleran terhadap penyakit phythopthora dan virus tristeza
Petani hendaklah mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti (25-30 cm dari paras tanah) supaya batang pokok baka tidak kena percikan air dari tanah dan tidak disyorkan mencantum lebih 30 cm kerana masalah pertumbuhan. Terdapat lebih banyak kelebihan daripada masalah yang timbul daripada penggunaan pokok penanti untuk tanaman limau di Malaysia. Kadangkala pokok penanti yang digunakan menghasilkan buah yang berasa masam dan mengambil tempoh yang lebih lama untuk berbuah. Tetapi dengan adanya pokok penanti, petani mampu mengelakkan tanaman limau daripada diserang oleh penyakit phythopthora dan penyakit virus tristeza yang menjadi faktor utama kurangnya hasil tanaman limau. Di samping itu, pokok penanti yang tumbuh biasanya pada paras yang renek dan ia memudahkan pengurusan harian petani-petani tanaman limau (Klik untuk lihat proses cantuman pokok).
Kebanyakan daripada pokok penanti yang berkualiti masih diimport dari negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia dan ia juga boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan daripada nurseri-nurseri yang terpilih. BIji benih untuk vrieti Rangpur Lime boleh didapati dengan mudah tetapi varieti ini kurang tahan terhadap penyakit reput batang.
Sunday, May 9, 2010
Menanam Labu Lemak
PANDUAN MENANAM LABU MANIS
PENGENALAN
Nama saintifik
Keluarga
Nama tempatan :
:
:
Cucurbitamoschata
Cucurbitaceae
Labu manis atau labu lemak
Labu manis dikenali juga dengan nama labu lemak. Ia berasal dari Amerika Tengah. Selain dibuat sayur, labu manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih seperti jemput-jemput, bengkang, serawa dan pai.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN:
Iklim
Memerlukan cuaca panas dan air yang banyak untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik. Suhu yang sesuai ialah 25-35oC pada waktu siang dan 18-22oC pada waktu malam. Hujan minimum sebanyak 380 mm semusim adalah diperlukan. Hujan lebat yang menyebabkan air bertakung boleh memusnahkan tanaman ini. Cuaca redup dan naungan dari pokok lain mengurangkan pengeluaran bunga betina dan seterusnya merendahkan hasil.
Tanah
Tanah yang sesuai ialah liat gembur berpasir, liat gembur berorganik tinggi, gambut yang diberi kapur dan tanah bris berorganik tinggi seperti Siri Rhu Tapai dan Rompin. Penanaman di tanah rata mestilah mempunyai saliran yang baik. Di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi penanaman hendaklah dibuat di atas batas.
pH yang paling sesuai ialah diantara 5.5 - 6.8. Kebanyakan tanah di Malaysia mempunyai pH yang rndah dan kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Tanah mineral memerlukan kapur sebanyak 3-5 tan sehektar manakala tanah gambut memerlukan 3 - 7.5 tan sehektar.
KULTIVAR YANG DISYORKAN :
Terdapat banyak kultivar ditanam. Antaranya jenis Cina dan jenis Taiwan tetapi yang paling popular di Malaysia dan disyorkan untuk penanaman secara komersil ialah Early Price daripada jenis Taiwan dengan kod nombor 767.
AMALAN KULTUR
Penyediaan Tanah:
Tanah dibajak piring diikuti dengan sekali atau dua kali bajak putar. Bajak piring seeloknya dilakukan sebulan setengah sebelum menanam dan bajak putar pertama dua minggu kemudian iaitu selepas penaburan kapur. Bajak putar kedua dibuat 1-2 hari sebelum menanam. Kedalaman bajakan ialah 20-30 cm.
Bagi kawasan yang paras airnya tinggi, batas yang bersaiz 1.2 meter lebar, 30 cm tinggi dan panjang mengikut tanah perlu dibuat. Jarak diantara batas ialah 1.2m dan jarak antara tengah batas ialah 2.4m.
Penyediaan Benih:
Bagi jenis Early Price sebanyak 800 gm biji benih diperlukan untuk sehektar. Biji benih perlu dibeli setiap kali penanaman. Biji benih daripada kacukan F1 hybrid tidak boleh digunakan untuk penanaman akan datang kerana tidak mengekalkan baka asal. Biji benih perlu dirawat dengan rawatan kering menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g thiram bagi 1000g biji benih.
Penanaman:
Tanam dua biji benih selubang terus ke batas. Kambus sedalam 1-2 cm dengan tanah. Jarak tanaman ialah 1.2 m dalam baris dan 2.4 m antara baris. Apabila pokok sudah tumbuh di peringkat 2 helai daun benar iaitu 7-10 hari lepas tanam, tinggalkan sepokok selubang. Dengan jarak ini menghasilkan 3400 pokok sehektar.
Pembajaan:
Penggunaan plastik bersinar boleh mengurangkan kehilangan baja melalui proses larut lesap.
Pembajaan Labu Manis Tanpa Plastik
Masa Membaja Jenis Baja Kadar/Ha Kadar/Pokok
Penyediaan batas
Sebelum menanam
10 hari lepas tanam
40 hari lepas tanam
60 hari lepas tanam Tahi ayam reput
NPK 12:12:17:2+TE
NPK 12:12:17:2+TE
NPK 12:12:17:2+TE
NPK 12:12:17:2+TE
4 tan
200 kg
200 kg
200 kg
200 kg
1.2 kg
60 g
60 g
60 g
60 g
Pembajaan Labu Manis Menggunakan Plastik

600 kg
200 kg
1.2 kg
180 g
60 g
Baja digaul ke dalam batas sebelum ditutup dengan plastik. Pembajaan di peringkat 60 hari selepas ditanam, baja ditabur di celah batas.
Pengurusan Air:
Boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah, 1.5 - 2.5 kg/cm dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter/minit dan garis pusat liputan siraman 25-30m.
Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama.
Pendebungaan Berbantu
Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah. Bunga yang tidak didebunga akan busuk dan gugur. Debunga dari kultivar yang sama adalah serasi. Lazimnya, labu manis didebungakan oleh serangga seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu. Sekiranya racun serangga kerap digunakan, agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil.
Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi (8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka. Debunga daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan. Oleh kerana bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina. Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.
Pengurusan Penyakit dan Perosak
Penyakit Kulapuk Downy (Merebak melalui tiupan angin)
Disebabkan oleh Kulat Pseudoperonospora cubensis. Simptom: Bintik-bintik bersegi berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun. Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungu-unguan. Serangan teruk menyebabkan daun menjadi kuning dan mati dan buah menjadi bantut.
Kawalan:
Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl (0.15% b.a) apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulang selang 7-10 hari, sekali.
Kulapuk Berdebu (Merebak melalui angin dan air)
Disebabkan oleh kulat Erysiphe cichorocearum menyerang daun. Simptom: Terdapat kulat berdebu di bawah daun dan batang pokok. Bahagian berpenyakit menjadi perang, kuning dan berkedut.
Kawalan:
Musnahkan pokok dan buah yang diserang. Sembur dengan racun kulat seperti benomyl (0.03% b.a) selang 7-10 hari sekali jika perlu.
Melecuh Anak Benih/Reput Pangkal (Merebak melalui tanah dan air)
Penyebab: Phytophthora sp., Pythium sp. dan Rhizoctonia sp. Simptom: Serangan berlaku pada batang atau di mana terdapat tanda-tanda cedera berair dan kelihatan nekrotik.
Kawalan:
Gunakan biji benih yang sihat. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih. Pastikan saliran elok di kawasan tanaman.
Mozek Virus (Merebak melalui biji benih / kutu daun).
Penyakit ini menyerang semua bahagian pokok. Simptom: Daun berbintik-bintik berwarna hijau pucat, berkerekod dan pokok terbantut.
Kawalan: Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit
Hawar Daun (Merebak melalui angin)
Kulat Rhizoctonia sp. menyerang daun. Terdapat spora-spora berwarna keperangan di tempat serangan.
Kawalan:
Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih. Gunakan biji benih yang sihat, amalkan tanaman giliran dan cabut serta tanam daun-daun yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti mancozeb (0.1 - 0.2% b.a) setiap 7 hari sekali jika perlu.
Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Buah labu manis dipungut apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam bagi kultivar Early Price. Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke kuning. Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah.
Berat buah labu manis adalah diantara 1-2 kg sebiji. Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik. Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh 90 hari. Hasil sehektar lebih kurang 29-25 tan.
Kawalan Rumpai
Rumpai di atas batas dicabut dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Jika perlu racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyhosate (0.6 kg/ha) boleh disembur untuk mengawal rumpai yang tumbuh di antara batas pada peringkat sebelum berbuah. Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan rumpai di permukaan batas.
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil racun perosak yang digunakan.
Tempoh Dilarang Mengutip Hasil
Racun perosak Tempoh (hari)
metalaxyl
captan
benomyl
carbaryl
trichlorfon
malathion
diazinon
dimethoate
mancozeb
7
7
3
e
7
3
7
14

Tanaman Jambu
PANDUAN MENANAM JAMBU
(Jambu Semarang, Jambu Air dan Jambu Batu)
JAMBU SEMARANG (JAMBU MADU)
Antara jambu yang sedang meningkat popular ialah jambu air mawar atau jambu semarang (syzygium samarangense). Dikalangan pengusaha, jambu ini dikenali sebagai "jambu madu". Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jambu semarang yang telah dibawa masuk dari Indonesia dan Thailand. Jambu semarang berasal dari Malaysia dan telah tersebar hingga ke Pulau Andaman. Pada masa ini banyak yang ditanam di Indonesia, Thailand dan Taiwan. Buahnya dimakan segar dan ternyata lebih bermutu daripada jambu air.
Ciri Pokok:
Pokok jambu semarang sederhana besar mencapai 12 m tinggi, bercabang rendah dengan sistem percabangan yang terbuka. Kulit batang berwarna kemerahan dan tanggal menjadi kepingan-kepingan halus. Daunnya licin di kedua-dua permukaan, berbentuk elips atau lanseolat. Pangkal daun tirus sedikit, urat daun kira-kira 12 pasang, melengkung ke dalam iaaitu kira 0.6 cm dari tepi daun. Daun bertangkai pendek, panjangnya hanya kira-kira 0.5 cm tetapi jelas. Jambak bunga berbentuk sima, dikeluarkan di hujung dan di celah-celah ranting berdaun yang kecil dan melentuk. Setiap jambak bunga mengandungi 3-6 kuntum bunga. Bunganya berwarna putih atau berkrim pucat dan tidak berbau.
Buah jambu semarang berbentuk panjang tetapi lebar di hujung, berukuran 3-8 cm panjang dan 5 cm lebar. Hujung buah berongga dan diliputi oleh empat cuping yang melengkung ke dalam. Kulit buah nipis, licin, berkilat dan berwarna hijau muda atau putih tetapi ada juga yang berwarna merah. Isinya berwarna kehijauan atau putih, agak kering dan rapuh. Rasanya manis dan kadang-kadang kelat sedikit. Jambu semarang tidak bermusim. Bagaimanapun, puncak pengeluaran buah ialah dua kali setahun, iaitu pada bulan Mei-Julai dan bulan Ogos-September.
Pembajaan:
Jambu semarang tumbuh dengan cepat dan kerap berbuah. Oleh itu, tanaman ini memerlukan pembajaan yang agak kerap dan teratur. Baja diberi pada peringkat pertumbuhan tampang dan selepas buah dipetik. Membaja sepanjang pembungaan dan pembentukan putik buah patut dielakkan. Selain baja kimia, baja organik sama ada tahi ayam, tahi arnab atau tahi lembu sesuai digunakan. Baja organik bukan sahaja membekalkan nutrien kepada pokok secara perlahan tetapi juga membaiki keadaan tanah. Satu beg (20 kg) baja organik hanya diletakkan di pangkal pokok setiap 6 bulan.
Cantasan:
Pokok jambu semarang perlu dibentuk dengan mencantas. Pada peringkat awal, cantasan dilakukan untuk membentuk kanopi yang seimbang, kukuh dan memudahkan buah dipetik. Cantasan awal dibuat apabila beberapa cabang utama terbentuk hampir pada aras tanah. Cabang-cabang dicantas hingga meninggalkan tiga cabang yang besar dan kukuh supaya memberi keseimbangan pada kanopi pokok. Cantasan seterusnya hanya membuang tunas-tunas air yang tumbuh tegak pada dahan dan cabang kecil. Ranting-ranting atau dahan berpenyakit juga perlu dibuang dari semasa ke semasa. (Sila lihat panduan mencantas/ pemangkasan pokok).
Kawalan musuh dan penyakit
Penyemburan racun serangga perlu untuk menentukan daun-daun sentiasa sihat dan tidak dimakan ulat. Ulat pemakan daun sering didapati ialah ulat beluncas kupu-kupu. Ia selalunya bersembunyi di sebalik daun pada waktu siang. Akan tetapi pada malam hari, ia memakan daun, tunas dan daun muda serta tunas bunga. Pokok perlu disembur dengan racun serangga sebaik-baiknya racun serangga jenis cypermethrin seminggu sekali atau malathion 2 minggu sekali. Penyemburan perlu dihentikan apabila tanaman sedang berbuah. Penyemburan yang akhir perlu dibuat pada peringkat putik bunga untuk memastikan tiada serangga bertelur pada bunga. Pada peringkat pembetukan dan pembesaran buah, putik-putik buah dibungkus untuk mengelakkan serangan serangga dan burung. Perosak yang paling bahaya ialah lalat buah.
Pengeluaran hasil:
Pokok jambu semarang cepat mengeluarkan hasil. Pokok daripada keratan mula berbunga dan buah 1 1/2 - 3 tahun selepas ditanam. Jenis hijau panjang mula berbunga 1 1/2 tahun selepas ditanam. Jenis merah besar 2 tahun manakala jenis tempatan 2 1/2 tahun selepas ditanam.
Hasil di peringkat awal rendah, dan tempoh 1 1/2 - 3 tahun ini boleh dianggap sebagai fasa peralihan dari fasa tampang ke fasa pembiakan. Pada tahun pertama, hasil buah hanya 3-5 kg/pokok. Hasil mula meningkat pada tahun kedua dan ketiga sehingga 10-20 kg dan mula stabil pada tahun keempat apabila hasil buah mencapai 50 kg. Pokok yang dijaga dengan sempurna boleh menghasilkan 100 kg buah sepokok, 4 tahun berikutnya.
Jambu perlu dibalut untuk mendapatkan buah yang bermutu tinggi. Masa yang paling sesuai untuk membalut buah ialah apabila kesemua kelopak bunga dan debunga telah gugur. Untuk mendapatkan buah yang besar, putik perlu dijarangkan sehingga 4-6 biji setangkai. Amalan ini juga akan mengelakkan keguguran buah yang banyak. Bahan pembalut plastik sesuai digunakan. Ia ditebuk lubang di bahagian bawah supaya air hujan tidak bertakung. Air yang berkumpul dalam plastik perlu dibuang dari semasa ke semasa untuk mengelakkan keadaan lembap dan pertumbuhan kulat. Kertas surat khabar boleh juga digunakan. Akan tetapi keadaan gelap akan menghilangkan warna buah dan kelihatan kurang menarik. (Sumber: Majalah Agromedia Bil. 5/1999).
Jambu Semarang (dari kamus wikipedia Indonesia)
JAMBU BATU (Psidium Guajava)
Nama saintifik : Psidium guajava, Linn.
Nama biasa : Biawas, Jambu Batu
Keluarga : Myrtaceae
Merupakan tanaman jangka panjang. Berasal dari tropika Amerika Selatan. Buah jambu mengandungi kandungan vitaman C 3 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dua kali ganda lebih tinggi daripada buah betik dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada buah pisang. Kebanyakan vitamin C didapati di bahagian kulit dan mesokarpa buah. Secara amnya jenis buah yang berisi merah mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah yang berisi putih. Buah jambu batu mengandungi bebeapa jenis gula seperti fructose, D-gulose dan sucrose dimana kandungannya masing-masing adalah 3.4%, 2.8%, 0.3%. Kandungan gula didapati bertambah semakin buah membesar, dan akan diganti dengan sucrose apabila buah masak.
Kultivar yang disyorkan
Kultivar-kultivar yang disyorkan untuk penanaman komersil seelok-eloknya merangkumi semua ciri seperti berikut:-
saiz buah melebihi 7 cm garis pusat
penghasilan yang tinggi dan konsisten
aroma dan perasa yang baik
isi yang manis hingga sedikit berasid
tekstur buah yang rapuh
isi yang pejal
sedikit atau tanpa biji
isi berwarna merah jambu
pokok rintang kepada musuh dan penyakit
KLON-KLON DAN CIRI-CIRI KULTIVAR YANG DISYORKAN:
GU 8
Varieti ini popular dengan nama Kampuchea. Berasal dari Kampuchea dan didaftarkan pada 30 Jun 1984. Jambu Kampuchea mengeluarkan buah yang besar (450-750 gm sebiji). Berbentuk bujur dan berwarna hijau muda kekuningan. Isinya putih, sederhana tebal dan rapuh. Rasanya masam manis dan mengandungi banyak biji.
GU 9
Jambu ini dikenali dengan nama 'Klom Toon Klao' berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 30 Ogos 1985. Buah bersaiz sederhana hingga besar, berbentuk bujur, berbonggol pada hujung buah dan permukaan buah kasar. Kulit berwarna hijau muda. Isinya putih, rasanya manis dan rapuh. Kandungan biji adalah sedikit.
GU 10
Jambu bernama 'Klom Sali' berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 30 Ogos 1985. Buah bersaiz sederhana besar (300-600 gm sebiji) dan berbentuk hampir-hampir bulat. Kulit berwarna hijau muda, isi berwarna putih, sederhana tebal, rapuh dan rasanya manis. Kandungan bijinya sederhana.
Faktor Iklim
Suhu tinggi (27-28oC) dengan taburan hujan yang tinggi dan seragam sebanyak 2,500 mm setahun didapati amat sesuai. Taburan hujan yang mencukupi akan memberi kesan yang baik kepada tumbesaran vegetatif pokok; manakala hujan yang lebat dan berpanjangan akan menjejaskan pengeluaran bunga dan pembetukan buah. Secara amnya, pokok jambu batu memerlukan tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga.
Di Malaysia terdapat dua musim kering iaitu pada bulan Januari-Mac dan bulan Jun-Julai. Musim kering ini akan mempengaruhi penghasilan buah jambu batu. Pada musim kemarau, pengairan adalah mustahak untuk menjamin tumbesaran dan penghasilan yang baik. Faktor-faktor tanah dan kesesuaiannya adalah seperti berikut:-
Sifat Sesuai Sederhana Sesuai
Kecerunan
Saliran
Kedalaman tanah yg berkesan 0-12 darjah
Tak sempurna
>75 cm 12-20 darjah
Agak sangat salir
50-75 cm
Tekstur dan struktur Bertekstur lom berpasir atau halus dan berstruktur halus
ke sederhana. Berstruktur kasar dan lemah.
Kemasinan
Kedalaman lapisan asid sulfat
Ketebalan gambut
> 1 mmhos
> 75 cm
Tiada gambut
1-2 mhos
50-75 cm
< 25 cm
Keberbatuan < 25%, tersebar sama rata
atau terdapat di bawah kedalaman 75 cm 25-75%
Ketidak seimbangan nutrien Tiada kandungan nutrien
mikro yang berlebihan
atau CEC sederhana rendah. CEC sederhana rendah.
Penyediaan Tanah
Pembajakan sedalam 30 cm dijalankan sekali sahaja mengikut barisan yang hendak ditanam. Barisan digemburkan dengan pemutar. Bagi kawasan-kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi, parit-parit ladang hendaklah dibina antara dua barisan pokok. Gerudi tanah berukuran 30 cm digunakan untuk membuat lubang sedalam 30 cm.
Penyediaan Benih Tanaman
Pembiakan boleh dijalankan sama ada melalui biji atau secara tampang. Kaedah pembiakan melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Kaedah tut dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesarannya cepat.
Pembiakan Secara Tut
Pucuk muda yang sihat dan segar bersaiz 1-2 cm garis pusat dipilih. Kulit sekeliling batang pucuk selebar 2-3 cm dipotong dan ditanggalkan, disapu dengan ubat pengggalak akar dan ditutup dengan tanah. Pembalutan dibuat dengan plastik politena dan kedua-dua bahagiannya diikat. Akar akan keluar dalam masa 4-6 minggu. Bahagian bawah tut dipotong dan diubah ke dalam beg politena yang mengandungi tanah campuran (3:1:1) yang steril. Pokok tut sesuai diubah ke ladang dua ke tiga bulan kemudian. (Sila lihat panduan mengetut pokok).
Pembiakan Secara Cantuman
Cantuman dilakukan apabila pokok penanti berumur 3 bulan atau garis pusat batang pokok sebesar batang pensil. Kulit batang pokok selebar 1.0 x 3.0 cm dituris dan kulit ditanggalkan dari atas. Satu kepingan mata tunas daripada klon terpilih diselit masuk ke dalam tapak cantuman dan diikat dengan pita plastik. Pita plastik dibuka 3 minggu kemudian dan bagi cantuman yang berjaya, pokok penanti dicantas 4-5 cm di atas tapak cantuman untuk menggalakkan pemecahan dan tumbesaran tunas. Pokok cantuman berumur 2-3 bulan sesuai untuk diubah ke ladang. (Sila lihat panduan cantuman pokok dan juga pemangkasan pokok).
Penanaman di Ladang
Dilakukan pada awal musim hujan dan hanya pokok benih yang sihat dan segar sahaja digunakan. Sebanyak 5 kg baja organik, 100 gm baja fostat dan 250 gm kapur dicampurkan ke dalam lubang. Pokok benih dimasukkan dalam lubang, ditimbus dengan tanah dan kemudian dipadatkan sehingga menjadi busut kecil. Setiap anak pokok hendaklah diikat pada kayu sokongan berukuran satu meter tinggi dan diberi sungkupan. Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya tidak hujan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 4m x 4 m dan jarak ini memberikan kepadatan sebanyak 625 pokok sehektar.
Pemangkasan
Pemangkasan merupakan satu operasi pengurusan yang penting. Ia dilakukan dengan beberapa tujuan seperti berikut:-
membentuk dan mengawal tumbesaran pokok
mengawal pengeluaran bunga
memperbaiki sistem pengudaraan pokok
menambah kemasukan sinaran matahari
memudahkan kerja-kerja pengurusan
mengawal serangan musuh dan penyakit
Pemangkasan Pembentukan
Dilakukan pada peringkat awal tumbesaran pokok untuk mengwujudkan satu rangka pokok yang baik. Anak pokok tut yang mempunyai 2-3 dahan primer dicantas pada paras 0.5 meter panjang untuk mengelakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder. Pada setiap dahan primer, 3 atau 4 dahan sekunder yang seimbang dikekalkan untuk memberi rangka pokok. Bagi anak pokok cantum, batang utamanya dicantas pada paras 0.5 meter dengan tujuan menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder. Dari 2-3 dahan sekunder dipilih, cantasan dilakukan sekali lagi pada paras 0.5 meter untuk menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan tertier. Kekalkan 3 atau 4 dahan tertier pada setiap dahan sekunder. (Sila lihat panduan pemangkasan pokok!)
Pemangkasan Pengurusan
Dilakukan secara berterusan dengan tujuan menjaga kesuburan pokok. Dahan dan ranting-ranting yang bersilang, berpenyakit, mati, lemah dan yang tidak diperlukan hendaklah dicantas. Pemangkasan ini juga dilakukan untuk mengawal pertumbuhan vegetatif pokok dan secara tidak langsung mempengaruhi musim pembungaan. Selepas musim buah, ranting-ranting dahan tertier dicantas pada paras 25-30 cm untuk mengggalakkan pengeluaran pucuk-pucuk baru. Daripada pucuk-pucuk ini, bunga akan terbentuk pada celah-celah daun kedua hingga daun keempat. Hujung pucuk kemudian dipotong untuk mempercepatkan tumbesaran pokok. Untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan, ketinggian pokok dikawal pada tahap ketinggian 1.8 meter. (Sila lihat panduan pemangkasan pokok!)
Pemangkasan Pemulihan
Dilakukan apabila pokok-pokok telah tua dan tidak lagi produktif. Ianya dilaksanakan dengan mencantas dahan-dahan tertier supaya digantikan dengan pucuk-pucuk yang baru. (Sila lihat panduan pemangkasan pokok!)
Pembajaan
Untuk menjamin tumbesaran pokok dan penghasilan yang optimum, pembajaan hendaklah dilakukan dengan cara yang berkesan pada kadar dan masa yang tepat berasaskan peringkat dan corak tumbesaran pokok.
Pengurusan Air
Keperluan air adalah faktor utama untuk meningkatkan pengeluaran hasil jambu batu dan tumbesaran pokok. Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan dan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan dapat dikurangkan.
Penjarangan dan Pembalutan Buah
Selepas musim buah dan selepas pemangkasan dibuat, bunga akan terbentuk pada celah-celah daun pucuk baru. Pada kebiasaannya terdapat 1-3 putik buah pada satu tangkal. Untuk memperolehi saiz buah yang besar, penjarangan putik buah digalakkan, iaitu dengan meninggakan hanya satu putik sahaja pada satu tangkai. Pembalutan buah dengan beg kertas merupakan satu amalan yang penting dalam pengurusan tanaman buah jambu batu. Selain daripada memberi perlindungan daripada serangan lalat buah, buah yang telah dibalut juga didapati lebih bersih dan menarik. Pembalutan dilakukan apabila buah mencapai saiz sebesar telur ayam.
KAWALAN PEROSAK JAMBU BATU DAN JAMBU AIR MADU :
Nematod (Meloidogyne incognita)
Pokok-pokok yang diserang kelihatan tidak segar dan terbantut. Kanopi pokok menjadi jarang dan daun-daun menjadi kekuningan. Buah menjadi kecil, mencapai kematangan dalam masa yang singkat dan warnanya kelihatan pudar. Kulit batang tidak mengelupas. Pemeriksaan sistem akar menunjukkan akar menjadi bengkak dan berubah warna. Serangan yang teruk, menjadikan akar tunjang dan akar sisi akan kelihatan bengkak dan pecah-pecah. Tabur racun seperti carbofuran atau fenamiphos dan guna bahan tanaman yang bebas daripada nematod, khasnya dalam penyediaan anak benih dan tanah yang digunakan dalam beg potena perlu steril.
Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
Larva mengorek ke dalam isi buah dan menyebabkan kerosakan. Kutip buah-buah yang kena serang dan tanam dalam tanah, balut buah-buah muda dengan beg kertas, sembur setempat dengan umpan protien seperti promar yang dicampur dengan malathion. Sembur 40 ml campuran promar pada tiap-tiap pokok dan ulangi semburan lima hari sekali dari peringkat berputik hingga buah dipetik. Perangkap lalat buah jantan dengan mengumpan dengan pemikat methyl eugenol.
Kutu Trip (Selenothrips rubrocintus, Scirtothrips dorsalis)
Perosak ini biasanya merosakkan lapisan permukaan buah dan meninggalkan kesan calar dan bersinar. Serangan menjadi serius pada musim kemarau dan di kawasan yang baru ditanam. Semburan liputan secara menyeluruh perlu dilakukan apabila terdapat kesan serangan. Racun-racun seperti bendiocarb dan biomopropylate adalah berkesan.
Kepinding Nyamuk (Helopeltis theobromae)
Serangan menyebabkan luka yang kecil, berwarna hitam dan bentuknya berubah mengikut masa. Serangan pada buah menyebabkan luka berlekuk ataupun keruping berkarat. Pucuk muda yang diserang akan menjadi layu dan mati. Lakukan pemangkasan dan sembur racun seperti deltamethrin dan cupermethrin.
Koya-koya (Ferisiana virgata, Pseudococcus citriculus dan Planacoccus paciffus)
Serangga pada peringkat dewasa dan peringkat nimfa menghisap cairan pokok dan jika populasinya tinggi, pertumbuhan kulapuk hitam akan berlaku dan seterusnya mengurangkan mutu buah. Sembur campuran minyak putih dan racun serangga dan kawal semut yang memakan manisan dengan menyembur cypermethrin pada batang dan bahagian pangkal pokok.
Bena Putih (Aleurotuberculatus canangae,
A. Cheracensis, A.psidii, A. dispersu, dialeurodes psidii)
Bena putih dewasa dan nimfa menghisap cairan pokok, khasnya dibawah permukaan daun dan mengeluarkan manisan yang mengakibatkan kulapuk hitam. Sembur dengan racun seperti deltamethrin dan permethrin .
Ulat Pemakan Daun (Attacus atlas, Odenestis vita sp,
Spilonota sp, Strepsicrates spp.)
Ulat ini membuat sarang pada daun yang belum terbuka dan merosakkan daun dan pucuk muda. Sembur racun serangga seperti cypermethrin, permethrin dan trichlorphon sekiranya serangan serius. Semburan mingguan disyorkan untuk mencapai kawalan yang berkesan.
PENYAKIT DAN CARA KAWALANNYA :
Penyakit Keruping Buah - Scab (Pestalotiopsis psdii)
Bermula dengan bintik-bintik kecil dan membesar menjadi tompok sebesar 1-3 mm, berbentuk bulat dan berwarna perang kehitaman. Apabila buah membesar, bahagian epidermis buah di sekeliling keruping akan terkoyak dan timbul manakala bahagian tengahnya menjadi lekuk. Gunakan racun kulat yang mengandungi kuprum atau zink.
Reput Akar dan Pangkal (Phythophthora nicotianae)
Batang dan akar menjadi reput. Batang mengeluarkan damar, daun kekuningan dan gugur. Guna pokok peranti yang rintang. Kikis bahagian kulit dan sapu racun kulat seperti meta laxyl atau fosetyl aluminium dan guankan saliran yang baik.
Penyakit Stylar - End Ring Rot (Phomopsis psidii Nag Raj & Ponnapa)
Bermula dengan bintik-bintik nektrorik di sebelah bawah buah kerana spora-spora dibawa turun oleh air hujan. Bintik-bintik menjadi hitam, membesar dan bercantum dengan melingkari buah hingga boleh merebak ke dalam buah dan ke bahagian biji. Sembur dengan racun kulat perlu dilakukan sebelum pembungkusan buah dijalankan. Amalkan pembersihan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit dan kelembapan yang tinggi.
Kawalan Rumpai:
Kawal rumpai secara manual dengan menggunakan racun rumpai terutama di kawasan yang luas dan peringkat pokok di mana umur melebihi dua tahun di ladang. Semasa semburan dilakukan, tindakan berhati-hati perlu diambil supaya tidak terkena pada pokok jambu dan memberi kesan pada fitotoksik.
Indeks Kematangan Jambu Batu:
Indeks warna 1
:
Keseluruhan buah hijau gelap
Indeks warna 2 : Buah berwarna hijau muda berkilat
Indeks warna 3 : Buah berwarna lebih hijau daripada kuning
Indeks warna 4 : 50% bahagian buah berwarna hijau dan 50% kuning
Indeks warna 5 : Buah berwarna lebih kuning daripada hijau
Indeks warna 6 : Keseluruhan buah berwarna kuning
Indeks warna 7 : Keseluruhan buah berwarna kuning oren
Pengutipan Hasil:
Pemetikan buah jambu batu dijalankan dengan menggunakan gunting secateaur. Tangkai buah digunting dan buah bersama kertas pembalutnya dimasukkan ke dalam baldi plastik. Apabila penuh, buah-buahan daripada baldi dimasukkan dalam bakul plastik yang besar. Bakul raga tidak disyorkan kerana berkemungkinan melukakan permukaan tanah.
Pengendalian Lepas Tuai:
Pengendalian di ladang
Suhu yang tinggi di ladang akan menyebabkan buah menjadi kecut kerana kehilangan air. Buah yang dipetik perlu disejukkan dengan kaedah samada membasahkan kertas pembalut buah, memetik buah pada waktu yang kurang panas, meletakkan buah di tempat yang redup, mewujudkan sistem penghantaran buah yang cekap dan memberi lindungan kepada buah semasa pembungkusan untuk operasi seterusnya.
Pengendalian di pusat pembungkusan
Pusat pembungkusan merupakan tempat khas di mana buah-buah dari ladang disediakan sebelum dipasarkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah memilih, membasuh, merawat buah dengan racun kulat, mengering, membungkus dan penyimpanan. Pengendalian buah yang sebenar bergantung kepada tujuan pasaran, iaitu sama ada disediakan untuk pasaran tempatan atau pasaran eksport melalui udara atau melalui kapal.
Proses Pengendalian Lepas Tuai:
Memilih Buah
Kertas pembalut buah yang asal ditanggalkan. Buah yang elok dan tidak berpenyakit diasingkan untuk operasi seterusnya.
Membasuh buah
Buah dibasuh bersih dari segala kotoran.
Rawatan buah
Buah direndam dalam air yang mengandungi 200 ppm benomyl selama sepuluh minit. Proses ini diwajibkan untuk buah yang hendak diekport melalui kapal.
Mengering buah
Buah dikering di atas para atau rak.
Menggred Buah
Penggredan dilakukan berasaskan saiz, kesegaran, kebersihan dan rupa bentuk buah. Saiz buah yang melebihi 400 gm adalah adalah ditafsirkan sebagai besar, saiz sederhana diantara 350-399 gm dan saiz kecil diantara 300-349 gm.
Membungkus Buah
Buah harus dibungkus untuk memelihara kesegaran buah khasnya untuk tujuan eksport. Untuk perjalanan kapal, buah sesuai dibungkus dengan politena yang setebal 0.02-0.04 mm, manakala buah untuk perjalanan udara sesuai dibungkus dengan kertas. Kotak papan serabut berombak digunakan untuk mengisi buah yang telah dibungkus.
Penyimpanan Hasil
Buah boleh disimpan dalam suhu bilik atau di dalam bilik sejuk mengikut keperluannya. Untuk pasaran tempatan,. buah jambu batu boleh disimpan selama seminggu di bawah suhu bilik 26oC tanpa menjejaskan kualitinya. Untuk penyimpanan yang lebih lama, bilik sejuk perlu digunakan. Dibawah suhu 20oC, buah jambu batu boleh disimpan selama 9-10 hari. Di bawah suhu penyimpanan pada 5oC, jambu batu klon GU 8 dapat disimpan selama 2-3 minggu, manakala jenis yang tidak berbiji dapat disimpan selama 5 minggu.
Pengangkutan
Buah-buah yang dipetik akan dibawah ke pusat pembungkusan. Dari pusat-pusat pembungkusan buah-buahan yang telah dibungkus akan dibawa ke destinasinya.
Rantaian ke laman-laman Jambu Batu
Jambu Batu (dari kamus Wikipedia)
Jambu Biji / Jambu Batu
Panduan menanam jambu batu (pdf)
Khasiat Jambu Batu
Khasiat air buah jambu biji (Indonesia)
Guava (Wikipedia)
JAMBU AIR
(Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI 2005).
Masa penuaian jambu air biasanya dikira selepas buah dibungkus. Pembungkusan buah jambu air di ladang dibuat serentak dengan amalan penjarangan buah. Bilangan buah setangkai yang dibungkus bergantung pada gred buah yang dikehendaki. Umpamanya, bagi mendapatkan buah gred AA (saiz melebihi 4 inci panjang) untuk tujuan eksport, putik hendaklah ditinggalkan 3 biji sahaja bagi satu tangkai. Bagi tujuan pasaran tempatan, buah ditinggalkan antara 4-5 biji setangkai.
Buah jambu air dibungkus setelah putih buah brumur 3 minggu atau putik telah mencapai saiz sebesar ibu jari kaki. Putik buah perlu dibungkus dengan beg plastik khas yang saiznya 20 cm x 30 cm dan mempunyai 6 lubang di bahagian bawahnya. Buah jambu air akan masak selepas 20-25 hari dari tarikh buah dibungkus.
Tangkai buah dipotong menggunakan gunting atau sekateur. Buah akan dipetik bersama dengan beg pembungkusannya sekali. Ini dapat mengelakkan buah tercedera sewaktu dipungah dan diangkut ke tempat pengumpulan buah. Kebanyakan penanam menggunakan bakul plastik boleh guna semula untuk mengisi buah jambu air yang telah dipetik untuk diangkut ke tempat pengumpulan. Biasanya buah dipetik 3 kali seminggu. Kerja pemetikan dilakukan pada awal pagi sehingga tengah hari dan buah dibawa ke tempat pengumpulan untuk ditimbang dan digredkan. Buah biasanya diangkut ke pasaran pada sebelah petang oleh pemborong.
Buah jambu air sangat mudah tercedera. Oleh itu pengendalian buah termasuk penuaian, pengisian buah ke dalam bekas, mengangkut, menimbang, menggred dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan secermat mungkin. Penggunaan bekas pengisi juga perlu diambil kira kerana bekas yang mempunyai tepian yang tajam akan mencederakan buah.
RANTAIAN LAMAN LAIN-LAIN JAMBU
Sila klik di sini untuk capaian seterusnya (klik) !
Jambu Air
Jambu Air (English)
Jambu Kepal / Jambu Bol
Jambu Bol
Jambu Mawar
Jambu Mede(janggus)
Golden Hope Food & Beverages Sdn. Bhd, Sitiawan (jus minuman jambu batu merah)
PM Lancar "PL1", Klon Baru Jambu Batu Merah - Bernama.com
Golden Hope Lantik Texchem Sebagai Pengedar Jambu Batu Isi Merah

Tanaman Dokong
PENANAMAN:
DUKU-LANGSAT,DOKONG DAN DUKU TERENGGANU
DUKU LANGSAT
Duku-langsat ialah hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Di Malaysia, pokok ini hanya tumbuh di beberapa kawasan di Terengganu terutama sekali di tebing-tebing Sungai Terengganu dan Sungai Telemong dalam daerah Kuala Terengganu. Pokok-pokok yang ada merupakan warisan dan generasi yang terdahulu sejak seratus tahun yang lalu.
Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis. Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat.
Jenis
Oleh kerana duku-langsat membiak melalui biji benih, maka terdapat berbagai-bagai perbezaan daripada segi bentuk, jenis dan beberapa ciri yang lain. Walau bagaimanapun, jenis-jenis duku-langsat ini mempunyai ciri-ciri yang agak sama dan rasanya manis. Kelon-kelon yang telah didaftar oleh Jabatan Pertanian ialah Du1, Du2, Du3, Du4 dan Du5.
Iklim
Duku-langsat memerlukan iklim tropika iaitu panas dan lembab di sepanjang tahun. Ia tahan pada cuaca kering dan musim hujan yang biasa berlaku di Terengganu.
Tanah
Pokok ini tumbuh dengan subur di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Duku-langsat sesuai ditanam di tanah yang berpasir, mempunyai saliran yang baik dan berkeadaan lembab. Pertumbuhannya kurang subur di tanah yang menakung air dan mempunyai paras air yang tinggi.
Cara Menanam
Membiak:
Pembiakan tampang bagi duku-langsat belum lagi diamalkan secara meluas kerana pembiakan begini telah didapati kurang berjaya. Cara yang biasa dilakukan oleh petani-petani ialah mengambil anak-anak duku-langsat yang tumbuh sendiri di bawah pokok induk sebagai bahan tanaman. Anak-anak duku-langsat sesuai ditanam di dusun atau ladang setelah berumur dua tahun.
Menanam:
Jarak tanaman yang disyorkan ialah diantara 9.0 - 12.00 meter. Selalunya duku-langsat yang tumbuh sendiri hidup subur di celah-celah pokok lain. Anak-anaknya dibiarkan tumbuh di bawah pokok-pokok yang matang. Purata jarak di antara pokok yang telah matang dianggarkan sejauh 4.5 meter.
Penjagaan
Naungan:
Pokok ini memerlukan keadaan yang redup, sejuk dan lembab di sepanjang masa. Di Terengganu, duku-langsat tumbuh diantara pokok buah-buahan lain yang memberi naungan. Di bawahnya pula terdapat semak-samun atau pokok-pokok kecil yang sentiasa menutupi tanah supaya sejuk. Dusun yang kurang dinaungkan akan merendahkan hasil kerana keadaan yang lapang dan terbuka menyebabkan pokok mudah diserang penyakit matirosot.
Membaja:
Mengikut tinjauan yang dibuat, duku-langsat tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti membaja, merumput atau mencantas. Hasil yang tinggi ditentukan oleh tanah yang subur; kawasan yang sesuai dan naungan yang mencukupi. Mungkin pokok-pokok naungan ini membantu memperkayakan baja organan yang terkandung dalam tanah hasil daripada bahan-bahan tumbuhan yang reput. Bahan baja semulajadi ini seterusnya mengurangkan keperluan baja tambahan bagi duku-langsat.
Memungut Hasil:
Pokok duku-langsat biasanya mula berbuah setelah berumur 12 tahun. Duku-langsat berbuah setahun sekali dan kadang-kadang terdapat juga buah di luar musim. Pokok berbunga dalam bulan Jun dan mengambil masa 4 bulan sehingga buah masak. Ini bermakna buah mula dipetik dalam bulan Oktober hingga November. Hasil yang diperolehi dari satu pokok yang berumur 50 tahun ke atas biasanya ialah 240 - 300 kg (4-5 pikul) semusim. Bagi satu pokok buahnya habis di petik dalam masa 2-4 minggu.
Cara Mengutip Hasil:
Waktu mengutip hasil yang paling sesuai ialah di antara pukul sepuluh hingga sebelas pagi dan pukul tiga hingga empat di sebelah petang. Pada waktu-waktu ini, buah-buahnya telah kering dari embun dan cuaca yang redup dapat mengelakkan buah dari pecah. Pemetik buah terpaksa memanjat dan memetik gugusan-gugusan buah. Memetik hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan tampuk buah di dahan-dahan kerana bunga-bunga di musim akan datang akan dikeluarkan di tampuk-tampuk yang sama. Buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul atau kain sarung dan dihulur ke bawah dengan tali. Setelah dikumpul, buah yang kurang bermutu atau pecah diasingkan dari buah yang elok dan dimasukkan ke dalam guni-guni untuk dijual kepada peaih atau pemborong.
Pasaran:
Harga duku-langsat bergantung kepada hasil yang diperolehi dan musim buah-buahan yang lain. Jika terdapat banyak buah-buahan lain di pasaran, harganya rendah sedikit. Harga buah yang ditolak kepada peraih-peraih ialah lebih kurang RM90.00 bagi 60.5 kg (1 pikul) sewaktu dalam musim atau RM140.00 bagi 60.5 kg di awal musim. Oleh kerana duku-langssat digemari ramai dan bekalannya pula terhad, buah ini tetap mendapat harga yang memuaskan dan menguntungkan pekebun-pekebun.
Masalah:
Masalah utama yang sering dihadapi oleh tuan-tuan punya dusun duku-langsat ialah kekurangan tenaga untuk memetik buah. Buah-buah yang telah masak mestilah dipetik dengan segera kerana warnanya akan bertukar menjadi perang dan seterusnya hitam dalam masa beberapa hari setelah masak. Buah yang begini kurang bermutu dan rendah harganya. Untuk mengatasi masalah ini, pekebun-pekebun terpaksa mengupah pemetik-pemetik buah untuk mengutip hasil dengan bayaran lebih kurang RM15.00 bagi setiap 60.5 kg buah yang dipetik.
Pengendalian Lepastuai
Sepanjang yang diketahui duku-langsat merupakan sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi hidup subur dalam keadaan yang sesuai. Namun begitu, penyelidikan selanjutnya seperti pembiakan secara tampang, pengurangan masa yang diambil untuk mula berbuah, penggalakan pengeluaran bunga di luar musim, pengawalan musuh-musuh utama, cara memangkas yang betul dan pembajaaan yang sesuai diamalkan perlulah dijalankan. Dengan cara ini dapatlah bekalan duku-langsat ini memenuhi permintaan pembeli-pembeli yang akan bertambah di masa hadapan.
Duku Langsat (dari kamus bebas wikipedia)
Pokok Duku dari Wikipedia
DOKONG (Lansium domesticum Corr.)
Setakat ini belum ada klon yang disyorkan untuk penanaman. Walau bagaimanapun, pokok dokong kering yang didapati tulen dan bermutu, berhasil tinggi serta mempunyai ciri-ciri rintangan terhadap musuh dan penyakit dikenalpasti untuk mendapatkan biji sebagai sumber benih tanaman.
Terdapat tiga jenis dokong yang agak berlainan dari segi ciri dan kualiti buah, iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji atau dokong butir. Perbezaan diantara ketiga-tiga adalah seperti berikut:-
Dokong Kering
Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset. Buahnya tersusun rapat di tangkai.
Dokong Air
Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.
Dokong Biji / Dokong Air
Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih pokok penanti.
Penanaman
Dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu anak pokok biji, anak pokok cantuman baji dan keratan.
Penyediaan anak pokok dari biji
Buah dari pokok dokong kering berkualiti yang telah dikenalpasti diambil untuk mendapatkan bijinya. Biasanya sekilo buah akan menghasilkan 4-6 biji yang besar dan bernas. Hanya buah yang besar dan bentuk tidak seimbang sahaja yang ada biji besar dan dipilih sebagai sumber untuk mendapatkan biji.
Biji buah dibuang dan bijinya dibersihkan dan disemai dalam kotak pasir yang telah disediakan lebih awal dan diberi rawatan racun kulat. Biji ditanam sedalam 1 cm dan diletak secara mendatar. Tutup biji-biji ini dengan pasir dan berikan lindungan dari cahaya matahari. Siram 2 kali sehari. Satu biji boleh mengeluarkan lebih dari satu anak pokok. Dalam tempoh 8-10 minggu, anak pokok yang cergas boleh diasingkan dari pokok kecil lain dalam satu biji dan diubah ke polibeg. Anak pokok yang masih kecil boleh disemaikan kembali ke pasir sehingga ia mencapai tahap dua helai daun sebelum diubah ke polibeg. Selepas 8-10 bulan didalam polibeg, anak pokok semaian dokong akan mencapai peringkat umur untuk ditanam, iaitu ketinggian melebih 20 cm dan sekurang-kurangnya 8 helai daun. Untuk mempercepatkan tumbesaran dan mengurangkan tempoh di dalam polibeg ini, semburan dengan baja foliar seminggu sekali adalah disyorkan.
Penyediaan anak benih secara tampang (cantuman baji)
Semua spesies dalam genus Lansium boleh digunakan sebagai pokok penanti. Langsat dan duku Kelantan (duku Dewan) merupakan pokok penanti yang paling sesuai. Pokok penanti berumur 1-2 tahun, mempunyai batang bergaris pusat 6-8 mm serta sihat dan tidak berpenyakit boleh dipilih untuk cantuman baji. Daun pokok penanti dibuang, batangnya dipotong pada paras lebih kurang 10 cm dari paras tanah dan kemudian dibelah tengah sedalam 2 cm dengan menggunakan pisau tajam.
Pucuk dari pokok dokong kering yang terpilih, bergaris pusat 6-8 mm, mempunyai 3-4 mata tunas, panjang antara 15-20 cm dan sekurang-kurangnya dua helai daun hendaklah digunakan. Daun besar boleh dikerat supaya tinggal 1/2 - 1/3 saiz asal untuk mengurangkan perpeluhan. Pucuk yang baik ialah separuh keras. Pangkal pucuk dipotong runcing sepanjang 2 cm berbentuk 'V'. Masukkan ke dalam belahan di pokok penanti. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kambium dari pucuk dan pokok penanti mesti bertemu. Tempat cantuman ini diikat dengan tali rafia dengan kuat. Siram air hingga polibeg betul-betul lembab. Tutup dengan beg plastik untuk mengekalkan kelembapan. Selenggarakan selama 4-6 bulan sebelum ia sesuai ditanam di ladang. (Lihat rajah cantuman baji)
Penyediaan anak benih secara keratan
Dokong boleh dibiak dengan cara keratan, akan tetapi teknik ini belum diamalkan secara meluas. Pucuk-pucuk yang keras dari pokok dokong kering terpilih boleh digunakan. Pilih keratan berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan bergaris pusat 6-8 mm mempunyai 2-3 ruas buku dan juga 2-4 helai daun. Keratan dibuat di bawah buku daun 1/2-1/3 bahagian daun-daun dibuang supaya mengurangkan transpirasi dan menjimatkan ruang di dalam kotak pembiakan.
Celup keratan ke dalam lauran 10,000 ppm Indole-Butyric Acid (hormon penggalak akar) selama 15 saat dan seterusnya tanam atas batas atau kotak pasir sungai yang diletak di dalam rumah pembab kabus. Rumah pelembab dan pasir perlu sentiasa basah dan lembab. Selaps 70 hari, keratan yang berakar boleh diubah ke ladang. Polibeg ini disimpan dalam rumah pelembab selama 2 minggu sebelum dipindahkan ke rumah teduhan biasa. Selepas 3-4 bulan, pokok keratan akan mengeluarkan pucuk serta daun baru dan boleh ditanam di ladang. Oleh kerana pokok keratan ini tidak mempunyai akar tunjang, penanaman dalam sistem kepadatan tinggi disyorkan.
Penanaman di ladang
Jarak yang dicadangkan ialah 6m x 6m hingga 10m x 10m. Pada amnya jarak yang disyorkan ialah 7m x 7m dan ia bergantung kepada kesuburan tanah. Lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m. Tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah dan biar lubang 2-3 minggu untuk didedahkan kepada cahaya matahari. Selepas itu, lubang tersebut dikambus dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 200 gm CIRP dan 10 kg. baja organik atau kompos. Ini diikuti dengan tanah lapisan bawah.
Sebelum menanam, pokok dalam polibeg disiram dan polibeg ditanggalkan dengan teliti supaya tidak merosakkan gumpalan tanah dan akar. Pokok ditanam secara tegak dan lubang ditimbus hingga 3 cm dari permukaan tanah polibeg. Tanah di sekeliling pokok dipadatkan dan sungkupan yang terdiri dari sabut, rumput kering dan lain-lain boleh diletakkan di pangkal pokok. Jika anak pokok agak tinggi (lebih dari 0.5m) sokongan menggunakan pancang kayu digunakan untuk mengelakkan pokok tumbang.
Keperluan Lindungan Atau Naungan
Pada tiga tahun pertama penanaman di ladang, pokok dokong memerlukan 40-60% teduhan supaya pertumbuhan subur dan cepat. Biasanya pokok Gliricidia, petai, petai belalang dan pisang adalah tanaman lindungan yang sesuai. Tanaman lindungan perlu ditanam sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dokong ditanam dan jarak antara pokok lindungan dan dokong hendaklah melebih 2.5 meter supaya mengelakkan persaingan.
Pemangkasan
Dalam tempoh 6 bulan diladang, pengurusan pokok lindungan adalah penting untuk memberi naungan yang sesuai dan mengurangkan persaingan. Cabang-cabang yang menganggu pertumbuhan dokong harus dipangkas dan pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga. (Sila lihat panduan memangkas pokok). Klik !
Program Pembajaan
Peringkat
Pertumbuhan Umur (tahun) Jenis Baja Kadar
Kg/pk/thn Masa Membaja
Masa Menanam Pembajaan asas CIRP
Baja Organik 0.2
10.0 Dimasukkan ke dalam lubang tanaman
Tumbesaran 1
2
3
4
5
14:13:19:2
15:15:15 atau
15:15:6:4
dan
Baja Organik
0.5
1.0
2.0
3.0
4.0
10kg
3 bulan sekali terutama pada awal
musim hujan.
Baja Organik ditabur 2 kali setahun
dengan kadar 10 kg/pokok
Buah 6
7
8
9
10
11
12
13
14
15 ke atas
12:12:17:2+TE
12:6:22:3
Baja Organik
6.0
6.0
7.0
7.0
7.0
8.0
8.0
8.0
8.0
9.0
3 kali setahun seperti berikut:-
1/2 bahagian selepas musim buah.
1/4 bahagian 2 bulan sebelum berbunga
1/4 bahagian selepas berputik.
Baja organik ditabur 2 kali setahun
dengan kadar 10 kg/pokok.
Keperluan Air
Umur pokok Keperluan Air
1-2 tahun
8-12 tahun
20-22 tahun -
-
- 9-11 liter/pokok/hari
40-48 liter/pokok/hari
97-116 liter/pokok/hari
Hasil Dokong
Pokok dokong mula berbuah selepas 5-6 tahun ditanam. Di peringkat awal berbuah, anggaran hasilnya ialah 3 tan sehektar (123 pokok sehektar dengan jarak tanaman 9m x 9m). Dokong mencapai pengeluaran hasil optimum mulai tahun ke 14. Anggaran hasil sebanyak 14 tan metrik sehektar.
Penuaian
Penuaian buah dokong dilakukan dengan memotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau. Buah yahg dituai dimasukkan ke dalam baldi plastik dengan cermat bagi mengelakkan buah tercedera. Gunakan tangga sekiranya pokok dokong yang hendak dituai itu tinggi.
Pengendalian Lepastuai
Selepas penuaian, buah dokong perlu dikendalikan dengan baik kerana ini akan menentukan gred, harga dan pasarannya. Pengendalian lepastuai yang kurang baik akan merendahkan gred buah dan seterusnya mengurangkan pendapatan.
Buah yang dituai dimasukkan ke dalam bakul rotan yang dialas dengan bahan-bahan lembut seperti surat khabar lama, Ini penting bagi memastikan buah dokong tidak cedera sebelum dihantar ke tempat penggredan. Penggredan buah dokong dilakukan berdasrkan saiz buah, berat buah setangkai, kebersihan buah dan tiada kesan serangan serangga serta kulat. Penggredan ini dilakukan sebaik sahaja penuaian selesai dijalankan. Pada amnya, buah dokong dibahagikan kepada tiga gred, iaitu:-
Gred Ciri-ciri Harga/Kg
(RM)
A Buah besar (garis pusat > 3 cm)
Buah setangkai lebat.
Kulit bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga. 6.00-8.00
B Buah sederhana. Tangkai pendek dan buah jarang. Bercampur
dengan buah relai. Kulit mungkin berbintik. 4.00-6.00
C Buah relai dari tangkai.
Saiz tak seragam. 3.00-4.00
KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL
Penghasilan Buah
Dengan pengurusan yang baik dan pembajaan yang mencukupi, pokok dokong akan mulai berbuah pada tahun ke 7 selepas ditanam di ladang bagi pokok yang ditanam dari biji dan 5-6 tahun bagi pokok yang ditanam secara anak tampang (tut atau cantuman biji). Hasil pertama adalah rendah dan hanya beberapa kilogram buah dihasilkan pada satu pokok. Hasil akan bertambah selepas itu. Pada tahun ketiga berbuah (umur 10 tahun), pengeluaran mulai meningkat ke tahap 50-100 kg/pokok. Dokong menunjukkan tabiat pengeluaran 'biennialitty' dimana hasil tinggi pada sesuatu tahun akan diikuti dengan hasil yang rendah pada tahun berikutnya. Fenomena ini adalah lebih ketara jika penyelenggaraan dan pembajaan tidak sempurna.
Pokok dokong akan berbunga selepas mengalami satu musim kemarau yang agak panjang. Kemarau yang berterusan selama 3-4 minggu diperlukan oleh pokok dokong untuk merangsang pengeluaran bunga.
Penjarangan Tangkai dan Buah
Apabila pokok dokong berbunga, beberapa tangkai akan keluar dari satu tampok bunga. Jika pokok dokong mengeluarkan banyak tangkai bunga, penjarangan tangkai hendaklah dilakukan. Biasanya 1-3 bunga ditinggalkan di setiap tampok supaya tangkai itu akan menjadi panjang, peratus pelekatan buah ditangkai tinggi dan menghasilkan buah yang besar dan bermutu.
Kematangan Buah
Buah dokong akan masak dalam tempoh 6 bulan. Dalam tempoh itu, buah-buah yang terlalu kecil, yang pecah atau yang diserang oleh kulat atau serangga perlu dibuang supaya ia tidak menjejaskan kualiti buah lain. Peringkat buah dokong masak boleh dilihat mengikut warna kulit, ciri serta tanda-tanda berikut:-
- warna kulit bertukar dari hijau ke kuning atau kuning kelabu.
- isinya menjadi jernih dan rasanya manis (isi buah mentah ialah keputihan).
- buah menjadi lembut apabila dipicit.
- buah masak mudah direlai dari tangkai.
- tiada getah pada kulit buah yang masak.
- buah yang betul-betul masak akan mengambil masa 180-200 hari selepas bunga kembang.
Memungut Hasil
Buah dokong yang dipetik di peringkat yang betul-betul masak akan menjadi dokong yang manis dan bermutu dan seterusnya memberi pulangan yang tinggi. Apabila 75% buah di setiap tangkai masak, tangkai itu boleh dituai. Tangkai buah hendaklah dipotong dengan teliti hingga rapat dengan batang. Jangan rentap atau pulas tangkai buah kerana ini akan merosakkan tampok bunga. Untuk memungut hasil, pemungut hendaklah duduk atau berdiri di atas tangga khas. Ini akan mengurangkan kerosakan tampok bunga di dahan-dahan besar. Tangkai-tangkai buah yang dipotong itu dimasukkan ke dalam baldi yang digantung di sebelah tangga. Apabila baldi diisi penuh dengan tangkai buah dokong, ia diturunkan dengan menggunakan tali.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Pengendalian di ladang
Setiap tangkai buah yang dipungut diisi dalam bakul buluh atau plastik dan diselenggara dengan cermat. Buah diperiksa bagi mendapatkan kualiti yang serata. Buah-buah yang muda dan pecah atau rosak dibuang dan diasingkan.
Penggredan
Selepas pengasingan dan pemilihan ini dilakukan, jambah buah dokong boleh digredkan mengikut sistem gred yang diamalkan oleh pengusaha dan pemborong di Negeri Kelantan sekarang.
Gred A -
Saiz buah besar, garispusat melebihi 3 cm, jambak lebat dan panjang. Kulit buah bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga.
Gred B - Saiz buah sederhana, jambak pendek dan buah jarang, bercampur dengan buah yang relai. Kulit buah berbintik.
Gred C - Buah yang relai, saiz bercampur.
Buah dokong yang telah digredkan itu akan dimuatkan ke dalam bakul plastik atau raga buluh. Bakul / raga biasanya dilapis dengan suratkhabar sebelum diisikan dengan jambak buah.
Penyimpanan hasil
Buah dokong yang masak hanya boleh disimpan selama 3-5 hari dalam suhu biasa. Kulitnya akan layu dan menukar ke warna hitam jika tempoh simpanan dilanjutkan. Oleh itu buah dokong perlu dihantarkan ke pasar dan tempat jualan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan penurunan kualiti. Simpanan di bilik sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi hitam dan ini adalah tidak disyorkan.
PENYAKIT DUKU / DOKONG / DUKU LANGSAT
Serangan penyakit juga tidak membahayakan duku-langsat. Diantaranya ialah kulat yang menyebabkan penyakit bintik berpusar (antraknos) pada buah dan penyakit kulapuk.
Buah-buah yang pecah juga merupakan masalah yang agak serius. Walau bagaimanapun, ini bukanlah penyakit tetapi satu faktor fisiologikal, ini biasanya berlaku apabila hujan turun selepas cuaca panas dan kering. Penyerapan air hujan menyebabkan buah menjadi bengkak dan akhirnya pecah oleh sebab ketegangan air di dalamnya. Buah yang pecah kurang bermutu dan tidak mempunyai harga pasaran yang memuaskan.
Penyakit dan Penyebab:
Antraknos (Colletotrichum spp.)
Tompok-tompok kecil pada kulit buah bertukar menjadi warna perang.
Cendawan Angin (Cortium salmonicolor)
Ranting dan dahan pokok yang diserang diselaputi miselium putih bertukar menjadi merah jambu. Daun menjadi kuning dan gugur. Cantas dahan yang diserang.
Kulapuk Hitam (Meliola spp.)
Daun dan buah yang diserang dipenuhi miselia kulat berwarna hitam. Menjejaskan fotosintisis dan kualiti buah. Dikaitkan dengan kehadiran teritip yang mengeluarkan manisan. Sembur white oil untuk mengawal teritip.
MUSUH DAN MAKHLUK PEROSAK
Walaupun terdapat beberapa jenis serangga perosak yang menyerang duku-langsat, kesannya tidaklah serius. Diantaranya ialah 'Pengorek buah' yang bertelur di dalam buah yang muda. Seterusnya larva memakan buah yang sedang membesar dan menyebabkannya gugur. Untuk mengawalnya, bersihkan dusun dari buah-buah yang diserang dan bakar.
Juga terdapat teritip yang menghisap cecair daun. Musuh-musuh seperti tikus, burung, kelawar dan tupai memakan buah yang masak dan mengakibatkan kekurangan hasil. Jika dibiarkan, kesannya mungkin teruk. Kawalan yang biasa diamalkan ialah secara menyalakan api di waktu malam untuk menghalau musuh-musuh tersebut.
Serangga perosask dan cara kawalannya:
Ulat Pengorek Kulit (Puru batang)
Batang, dahan dan daun berkeruping. Terbentuk bintik-bintik kecil berwarna coklat/hitam di peringkat awal. BIntik-bintik membesar menjadi puru, menyerang pokok muda 2-3 tahun apabila serius seluruh batang mempunyai puru. Ini boleh membantut pertumbuhan pokok dan mengurangkan hasil peneluaran.
Tindakan:
Kikis bahagian yang diserang dengan pisau. Pangkas dan seterusnya bakar ranting yang telah mati dan yang teruk diserang. Sembur racun seperti dimethoate jika perlu dengan kadar 0.5% bahan aktif sebulan sekali bagi serangan yang teruk dan 3 bulan sekali apabila serangan beransur pulih.
Ulat Pemakan Daun
Serangan tidak begitu serius. Larva akan memakan pucuk muda dan meninggalkan lapisan kutikal. Daun yang disrang menjadi kering berwarna perang di bahagian tepi daun.
Tindakan:
Jika perlu, sembur racun dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif di peringkat berpucuk.
Lalat Buah
Membuat tusukan pada buah yang sedang masak. Buah akan menjadi berair dan bertukar warna menjadi coklat. Buah rosak dan gugur.
Tindakan:
Guna umpan protin seperti protein hydrolysaste untuk memberi tarikan. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan disembur di kawasan daun. Lalat akan berkerumun di situ dan terus guna methyl-eugenol bagi merangkap lalat. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan diletak di kawasan ladang.
JENIS PENYAKIT DAN KAWALANNYA
Penyakit Reput Buah
Buah menjadi rosak dan reput. Tidak serius tetapi boleh mengurangkan hasil. Guna racun kulat cooper oxychloride di peringkat berbuah dengan kadar 0.1%. Ulangi semburan jika perlu.
Antraknos Buah
Serangan berlaku pada buah. Peringkat awal tompok-tompok kecil terjadi pada kulit buah, bertukar menjadi warna perang. Buah boleh gugur. Serangan tidak begitu serius. Guna cooper oxychloride.
Cendawan Angin
Menyerang ranting dan dahan pokok. Bahagian diserang akan diselaputi Misilium putih bertukar menjadi merah jambu. Jika teruk daun akan menjadi kuning dan gugur. Cantas dahan yang diserang dan sembur pokok dengan cooper oxychloride.
Kulapuk Hitam
Serangan keatas daun dan buah. Bahagian yang diserang dipenuhi mislia kulat berwarna hitam. Menjejas proses fotosintesis jika serangan teruk dan juga kualiti buah. Sembur white oil untuk mengawal teritip. Sembur racun kulat seperti Maneb untuk mengawal kulat.
DUKU TERENGGANU (Lansium domesticum)
Seperti buah dokong, buah duku Terengganu akan bertukar daripada warna hijau ke warna kuning apabila buah mencapai peringkat masak. Walau bagaimanapun, corak kemasakan buah duku Terengganu berlaku tidak serentak dalam satu tangkai. Pada masa kebanyakan buah telah bertukar warna menjadi kuning, masih terdapat buah-buah yang masih hijau. Keadaan ini menimbulkan masalah dalam penuaian.
Peringkat kemasakan duku Terengganu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat mengikut perubahan warna buah iaitu (1) hijau kekuningan; (2) kuning kehijauan; (3) kuning; (4) kuning cerah dan (5) kuning keperangan. Kemanisan buah meningkat dan kemasaman buah menurun apabila buah semakin kuning. Umumnya, buah duku Terengganu sudah boleh dipetik apabila kebanyakan buah pada sesuatu tangkai sudah berwarna kuning, kuning cerah dan kuning keperangan iaitu 15-16 minggu dan tarikh bunga berkembang. Pada ketika itu, buah mengandungi jumlah pepejal terlarut antara 15-18% dan kandungan asid antara 0.2-0.4%.
Penuaian perlu dilakukan dengan cermat supaya tidak merosakkan buah yang dipetik. Buah hendaklah dipetik seawal-awalnya pada lewat pagi iaitu antara pukul 10.00 atau 11.00 pagi hingga ke tengah hari atau petang untuk mengelakkan buah pecah. Sekiranya buah dipetik pada awal pagi, peratus buah pecah adalah tinggi. Kadangkala dalam keadaan cuaca redup atau hujan pagi, penuaian perlu dilakukan pada lewat tengah hari. Penuaian dilakukan secara memilih iaitu dengan meleraikan buah yang telah kuning sahaja daripada tangkainya dan kemudian masukkannya ke dalam bekas kecil seperti bakul atau karung kain. Buah yang masih hijau ditinggalkan pada tangkainya untuk dipetik kemudian hari. Bagi pokok yang tinggi, pokok perlu dipanjat dan bakul atau karung kain yang telah diisi buah dihulurkan kepada seorang lagi yang menunggu di bawah pokok dengan tali. Buah-buahan ini kemudian dipindahkan ke dalam bakul atau bekas plastik yang lebih besar untuk diangkut ke bangsal atau rumah pembungkusan. Buah mesti dielakkan daripada terhempas ke tanah semasa penuaian.
Perubahan warna daripada satu indeks ke indeks kemasakan berikutnya mengambil masa selama 3-4 hari. Perubahan warna buah daripada indeks 1 ke indeks 6 mengambil masa kira-kira 17 hari. Peringkat kemasakan yang sesuai untuk penuaian buah dokong bergantung pada kegemaran pengguna. Berdasarkan kajian yang dijalankan di MARDI, buah sesuai dipetik pada indeks 4 iaitu semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning cerah. Pada peringkat ini buah sudah berhenti membesar (18 gm sebiji) dan kandungan gula sudah mencapai peringkat maksimum (jumlah pepejal terlarut lebih daripada 18%). Walau bagaimanapun kandungan asid masih agak tinggi (0.9%) dan membuatkan buah mempunyai rasa manis dengan sedikit rasa masam. Bagi mereka yang gemarkan buah yang lebih manis, penuaian boleh dilakukan pada indeks 5 atau 6, tetapi jangka hayat buah ini lebih pendek. Terdapat jua penanam dokong memetik buah lebih awal iaitu pada indeks 4 untuk tujuan eksport ke Thailand. Buah pada peringkat ini mempunyai rasa masam-masam manis (jumlah pepejal terlarut 16% dan asid 0.9%) dan saiz buah kecil sedikit (15 gm sebiji).
Pemetikan buah dokong adalah mudah kerana semua buah dalam satu tangkal masak serentak. Buah dipetik dengan memotong tangkainya menggunakan pisau atau gunting tanpa meleraikan buah daripada tangkai. Buah dalam bentuk jambak dimasukkan ke dalam bekas seperti bakul atau karung kain semasa penuaian dan kemudian dipindahkan ke dalam bekas yang lebih besar untuk diangkut ke bangsal atau rumah pembungkusan. Bagi pokok yang tinggi, penuaian dilakukan dengan memanjat pokok atau menggunakan tangga. Buah yang diisi ke dalam bakul atau karung kain diturunkan menggunakan tali dan disambut oleh seorang lagi yang menunggu di bawah pokok. Penuaian mesti dilakukan dengan cermat untuk mengelakkan kecederaan pada buah. Buah dokong digalakkan dipetik selepas pukul 10.00 pagi untuk mengelakkan kejadian buah pecah.
KEMATANGAN BUAH DOKONG / DUKU / DUKU-LANGSAT:
Buah dokong akan berubah warna daripada hijau kepada kuning apabila masak. Perubahan warna kulit daripada hijau ke kekuningan berlaku kira-kira 87 hari selepas bunga kembang. Buahnya masak seragam dalam satu tangkai dan keadaan ini memudahkan proses penuaian. Indeks kemasakan buah dokong telah dibentuk berdasarkan warna buah dan boleh dijadikan panduan untuk penuaian.
Indeks 1 : Setiap buah dalam satu tangkai, sudah menunjukkan warna kekujing walaupun keseluruhan buah masih kehijauan.
Indeks 2 : Setiap buah pada satu tangkai berwarna kuning pucat dengan 6-8 biji buah masih terdapat warna kehijauan pada hujung buah. Biasanya buah-buah ini menghadap cahaya matahari.
Indeks 3 : Setiap buah dalam satu tangkai berwarna kuning pekat dengan 1-2 biji buah pada bahagian paling bawah tangkai menunjukkan kesan kehijauan pada hujung buah.
Indeks 4 : Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning cerah.
Indeks 5 : Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning keperangan.
Indeks 6 : Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning keperangan tetapi darjah keperangannya lebih daripada buah pada indeks 5.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Pengendalian di Ladang
Setiap tangkai buah yang dipungut diisi dalam bakul dan diselenggara dengan cermat. Buah diperiksa bagi mendapat kualiti yang serata. Buah-buahan yang muda dan pecah atau rosak dibuang dan diasingkan.
Penggredan
Selepas pengasingan dan pemilihan ini dilakukan, jambah buah dokong boleh digredkan mengikut sistem gred yang diamalkan oleh pengusaha dan pemborong seperti berikut:-
Gred A:

Gred B:
Saiz buah sederhana, jambak pendek dan buah jarang, bercampur dengan buah yang relai. Kulit buah berbintik.
Gred C:
Buah yang relai, saiz bercampur.
Buah yang telah digredkan itu akan dimuatkan ke dalam bakul plastik atau raga buluh. Bakul atau raga dilapis dengan suratkhabar sebelum diisikan dengan jambak buah.
Penyimpanan Hasil
Buah dokong yang masak hanya boleh disimpan selama 3-5 hari dalam suhu biasa. Kulitnya akan layu dan menukar ke warna hitam jika tempoh simpanan dilanjutkan. Oleh itu buah perlu dihantar ke pasar dan tempat jualan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan penurunan kualiti. Simpanan di blik sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi hitam dan ini adalah tidak disyorkan.
MENGAWAL KERUPING KULIT KAYU PADA DUKU TERENGGANU DAN DOKONG
(sumber: Agromedia Bil. 6 1999)
Tanaman ini berhadapan dengan masalah keruping kulit kayu yang menyerang batang, dahan ataupun rantingnya. Keadaan keruping boleh menjadi begitu buruk sehingga merencatkan tumbesaran pokok, mengakibatkan mati rosot dan menjejaskan penghasilan sehinggakan sesetengah pengusaha mengalihkan tumpuan mereka kepada tanaman lain.
Gejala
Gejala keruping boleh berlaku pada anak pokok di tapak semaian dan juga pokok di ladang. Di ladang, pokok muda dan baru matang lebih peka berbanding dengan pokok yang sudah tua. Pada peringkat awal serangan, bintil-bintil bulat kecil berwarna coklat muda kelihatan bertaburan di permukaan batang, dahan ataupun ranting. Apabila kulit kayu semakin matang bintil-bintil ini akan membesar dan menebal menjadi tompok-tompok yang lebih gelap. Tompok-tompok ini membentuk seperti ketuat dan berkeruping. Apabila dikope, keruping ini akan taggal dan mendedahkan bahagian dalam pokok yang hijau dan ulat akan kelihatan. Walau bagaimanapun, kadangkala ulat tidak kelihatan apabila keruping dikopek.
Semakin teruk serangan semakin tebal keruping. Bintil-bintil yang kecil dan akan bercantum antara satu sama lain. Seluruh permukaan batang, dahan dan ranting yang diselaputi oleh keruping akan kelihatan merekah. Tumbesaran pokok akan terencat kerana pokok yang teruk diserang kurang berpucuk. Jika berpucuk pun, pucuk yang keluar pendek dan kelihatan kekuning-kuningan kerana tidak sihat. Ranting kecil yang teruk diserang menjadi kering dan mati. Ini akan menyebabkan mati rosot. Ranting pucuk baru juga akan diserang. Pada peringkat awal serangan, ulat tidak kelihatan. Bagi pokok yang sudah matang, serangan yang teruk akan menjejaskan pembentukan bunga kerana permukaan dahan dan ranting merupakan tapak bunga.
Agen Penyebab
Setakat ini terdapat dua pendapat tentang agen penyebab gejala keruping pada pokok Lansium (duku terengganu dan dokong). Segelintir ahli sains berpendapat bahawa gejala ini disebabkan oleh serangan serangga berdasarkan adanya ulat apabila keruping dikopek. Tetapi ada juga ahli sains yang berpendapat bahawa keruping atau ketuat disebabkan oleh serangan kulat. Kehadiran ulat hanya merupakan serangan sekunder yang memakan tisu-tisu mati dalam bentuk keruping yang diakibatkan oleh kulat. Setakat ini tidak pasti pendapat manakah yang betul.
Kawalan
Pokok yang mendapat penjagaan yang sempurna terutama dari segi pembajaan, naungan dan pengairan lebih tahan terhadap gejala ini. Berdasarkan pemerhatian di stesen penyelidikan MARDI di Jerangau, gejala keruping boleh dikawal dengan lebih berkesan melalui penyemburan racun kulat berkupram. Semburan boleh dibuat dengan menggunakan mana-mana peralatan penyembur sama ada yang bermotor atau tidak bermotor. Yang penting muncung alat penyembur diacukan pada batang, dahan dan ranting-ranting yang diserang. Bahagian yang diserang harus disembur hingga betul-betul basah. Racun berkupram yang telah diuji ialah copper hydroxide serta copper oxychloride dan metallic copper. Pada permulaannya, semburan dibuat setiap 10 hari sebanyak 2-3 kali . Ini diikuti dengan semburan ulangan 2-3 bulan sekali sehingga keruping terhapus. Berdasarkan pengalaman MARDI Jerangau, kadar yang disyorkan bergantung pada tahap serangan.
Kadar penyemburan untuk mengawal keruping
Bahan Kimia Kadar Keadaan Serangan
Copper hydroxide 40 gm/18 liter air
60 gm/18 liter air
80 gm/18 liter air Sederhana
Sederhana teruk
Teruk
Copper oxychloride 44 gm/18 liter air
60 gm/18 liter air
80 gm/18 liter air Sederhana
Sederhana teruk
Teruk
Keruping pada pokok yang telah disembur menjadi rapuh dan seterusnya relai dari batang, dahan serta ranting dan jatuh ke tanah. Pokok akan mula berpucuk dan pucuk baru kelihatan sihat dan panjang. Gejala penyakit tidak lagi kelihatan. Penyemburan perlu dibuat secara berterusan. Pokok yang teruk diserang, hanya akan pulih dalam masa 8-10 bulan. Semasa rawatan dijalankan, penggunaan racun serangga tidak digalakkan. Amalan ini bertujuan mengelakkan pembunuhan ulat yang hidup aktif serta memakan keruping (kulit kayu yang mati). Dengan ini, keruping akan relai dengan lebih cepat. Bagaimanapun jika penyemburan racun serangga diperlukan untuk mengawal ulat daun, pastikan racun hanya disembur pada bahagian daun (sumber: Agromedia Bil. 6 1999).

Subscribe to:
Posts (Atom)