Laman Utama

Thursday, May 13, 2010

Tanaman Nenas


PANDUAN MENANAM NANAS
(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)


Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-


Nanas (Wikipedia)
Panduan Menanam Nanas (klik )
Istilah Nanas dari Kamus Wikipedia (klik)
Pokok Nanas dari Kamus Wikipedia (klik)
Perosak Nenas
Penyakit-penyakit tanaman Nanas
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Journal Nanas, Nanas Kering dan Kaedah Membuatnya
Resepi Berasaskan Nanas
Pineapple
Keratan Akhbar: Tanah terbiar buah hasil (16/1/2009)
Keratan Akhbar: (i) Potensi Nanas (2008) (ii) Nuget Buah Kekal Zat (2008)




KUMPULAN NANAS

Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nonas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Terdapat tiga kumpulan kultivar nanas yang ditanam di Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.

KUMPULAN CAYENNE

Sarawak
Smooth cayenne
Hilo
KUMPULAN SPANISH

Nanas Merah (Singapore Spanish)
Masmerah
Nanas Hijau (Selangor Green)
Nangka
Gandol (No. 19 atau 'java hybrid')
Betik
KUMPULAN QUEEN

Moris (Mauritius)
Bintangor (Moris Sarawak)
VARIETI NANAS

Nanas Moris
Nanas Sarawak
Nanas Pada (Nanas Sawit)
Nanas Josapine (A25-34)
Nanas Maspine



NANAS MORIS:

Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nanas segar yang ditanam pada masa ini. Kedua-dua varieti nanas ini mempunyai kelemahan masing-masing. Nanas Moris kecil, isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Walau bagaimanapun bagi nanas jenis ini buahnya mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya.

Indeks kematangan Nanas Moris

Indeks 1

:


Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang
- belum matang
- belum boleh dituai
Indeks 2


:


Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit kuning diantara mata di pangkal buah
- peringkat pecah warna (buah matang)
- belum sesuai dimakan segar
- sesuai dieksport melalui laut
Indeks 3


:


Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal buah hijau kekuningan
- buah matang
- boleh dimakan segar tapi belum enak
- sesuai dieksport melalui laut dan udara
Indeks 4


:


25% mata buah berwarna kuning
- buah mulai masak
- boleh dimakan segar
- sesuai dieksport melalui udara
Indeks 5


:


50% mata buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
Indeks 6


:


Lebih 75% mata buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
Indeks 7



:



Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren
- buah masak ranum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport




Nanas Moris



NANAS SARAWAK:

Bagi nanas Sarawak pula, buahnya besar, mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair. Varieti Sarawak juga menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendan terutama di kawasan gambut. Kedua-dua varieti (Moris dan Sarawak) ini juga rentan terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) akibat penyimpanan pada suhu rendah.

NANAS PADA (NANAS SAWIT)

Nanas Pada ialah nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada nanas yang popular dengan nama 'Nanas Sawit' di Mukah dan Dalat.


Nanas Pada (Nanas Sawit) di Negeri Sarawak



NANAS JOSAPINE:

Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak. Rintang terhadap gejala teras hitam. Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin. Selain daripada itu nanas ini juga lebih manis, rangup dan kering, sesuai untuk hidangan segar.

Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor (induk betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nanas).

Ciri-ciri Utama Josapine:

Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.
Daun hijau keunguan, tidak beduri.
Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu.
Biasanya 1-2 sulur buah / pokok.
Sulur dan ratunnya baik.
Perbandingan ciri-ciri Josapine dengan Moris dan Sarawak adalah seperti berikut:-

Varieti
Berat
(kg)
Empulur
mm)
Jumlah Pepejal Laut (%)
Asid
%)
Bil
Sulur
Buah)
Duri
Berbuah
Awal
Kualiti
Penyimpanan
Gejala
Teras
HItam
Tindak
Balas
Berbunga

A25-34
1.3
28
16.8
0.63
2.-3
-
*****
*****
r
*****

Moris 1.0 24 15.9 0.49 0 - **** *** tr *****
Sarawak 2.2 28 13.7 0.61 0 - * *** tr **

Petunjuk: ***** = sangat baik r = rintang
* = tidak baik tr = tidak rintang


Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan:

Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%).
Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari.
Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari.
Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama.
Ciri-ciri Buah:

Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak.
Buah berbentuk silinder.
Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish.
Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg).
Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering.
Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang.
Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah terlalu masak.
Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10%oC
selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.

Iklim dan Tanah:
Nanas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-30oC. Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya serata. Nanas boleh hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut, diantara pH 4.5-6.0. Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah sentiasa lembap dan terlalu masam. Nanas sesuai ditanam di tanah rendan dan rata.

Penyediaan Tanah:
Tanah perlua dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur sebelum menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak). Tanah perlu dikapur sekiranya pH terlalu rendah (bawah pH 4.5)

Amalan Kultur:

Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur.

Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem penanaman pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam.

Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP + 163 kg 'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan selepas ditanam. Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar setiap kali pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg 12:12:17:2+TE pada kadar yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan.

Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21 g ferus sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air. Penyemburan dibuat pada 1 dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah.

Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon (300 bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok).

Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.


Pembajaan

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Hektar
1
2
3
4
5
Sebelum menanam
Semasa menanam
3 bulan
6 bulan
9 bulan Kapor
CIRP
NPK 12:12:17:2
NPK 12:6:22:3
NPK 12:6:22:3 2.5 tan
200 kg
200 kg
500 kg
500 kg


Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga

Bil Racun Bahan Aktif Kadar Jumlah/ha Ketinggian Kemasaman Tanah
1
2
3
4
5
6
Carbaryl
Dimethoate
Amitraz
Mercaptodimethur
Diazinon
Cypermethrin 85%
38%
20%
50%
52%
5.5% 9g / 4.5 lit.air
6 ml / 4.5 lit.air
10 ml / 4.5 lit.air
10 g/10 lit. air
7.5 ml / 4.5 lit.air
7.5 ml / 4.5 lit.air
1.8 kg
1 lit
0.8 lit
500 g
1.5 lit
1.3 lit 7
14
7
7
7
7


Racun Untuk Kulat


Bil Racun Nama Dagangan Bahan Aktif Kadar Bancuhan Ketinggian Kemasaman Tanah
1
2
3
4
Mancozeb
Maneb
Copper oxychloride
Tridemorph Dithane M-45
Pro-Maned 80
Zepercide 870
Calixin 80%
80%
87%
84.3%
7-9/4.5 lit.air
30-40/18 lit.air
10-20 g/10 lit.air
5 ml/4.5 lit.air 7
14
7
7




Kawalan Rumpai:
Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah dilakukan setiap 3 bulan ekali. Selepas itu, merumput boleh dikurangkan sehingga 6 bulan sekali.

Kawalan Jambul dan Sulur:
Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5 - 6.5 sm untuk membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah. Hanya 2 sulur disimpang pada setiap pokok untuk dijadikan bahan tanaman.

Indeks Kematangan Nanas Josapine

Indeks 1


:



Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna kemerahan.
- buah belum matang
- isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan.
- belum sesuai untuk dituai.
Indeks 2




:




Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman antara mata. Braktea kekeringan, berwarna putih.
- buah telah matang (peringkat pecah warna)
- 50% isi berwarna keemasan
- belum sesuai dimakan segar
- boleh dieksport melalui laut
Indeks 3



:



Buah berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah bertukar warna keorenan.
- buah matang hijau
- 75% isi berwarna keemasan
- boleh dimakan segar tapi masih belum enak
- sesuai untuk ekport melalui laut dan udara
Indeks 4





:





Lebih kurang 25% mata buah berwarna keorenan.
- buah suku masak
- lebih 75% isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum
- baik untuk dimakan segar
- sesuai untuk pemprosesan minuman
- sesuai untuk eksport melalui udara.
Indeks 5





:





Lebih 75% mata berwarna keorenan
- buah separuh masak
- keseluruhan isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan harum
- baik untuk dimakan segar
- baik untuk pemprosesan minuman
- masih boleh dieksport melalui udara
Indeks 6



:



Lebih kurang 75% mata buah berwarna keorenan
- buah tiga suku masak
- isi kurang pejal, sangat berjus, manis dan harum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk eksport
Indeks 7




:



Keseluruhan buah berwarna oren
- buah masak penuh
- isi lembik, sangat berjus, manis dengan sedikit kemasaman
- masih boleh dimakan segar tapi kurang enak
- tidak sesuai untuk eksport



Nanas Josapine (MARDI)





NANAS MASPINE:

Maspine berasal dari kumpulan nanas 'Manzanah' iaitu daripada jenis buah yang mempunyai ciri-ciri daun tidak berduri (piping-leaf). Ia telah dibangunkan dan dinamakan '73-50' oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii yang telah ditutup pada 1975. Maspine ialah hibrid yang kompleks yang berasal dari kacukan antara kultivar Cayenne, Perolera, Pernambuco, Spanish dan Queen.

Di Malaysia, ia telah diperkenalkan di MARDI Pontian melalui program pertukaran germplasma dengan Stesen Penyelidikan Hortikultur Maroochy, Australia pada Mac 1993. Dua sulur daripada setiap lima hibrid 'piping-leaf' telah diperkenalkan dan setelah melepasi kuarantin, ia ditanam di MARDI Pontian untuk pemerhatian dan kajian. Lewat tahun 1994, tiga hibrid iaitu '53-116', '59-656' dan '73-50' (Maspine) telah dipilih dalam penilaian generasi pertama. Hibrid yang dipilih ini dibiakkan menggunakan teknik tunas daun dan 'quartering'.

Pada tahun 1996, sebanyak 50 pokok dari setiap hibrid hasil penilaian generasi kedua ditanam dalam barisan progeni untuk penilaian seterusnya. Selepas hasil dituai, jambul dan tangkai digunakan sebagai bahan tanaman untuk plot percubaan di Pontian pada tahun 1999. Secara keseluruhan, hibrid '73-50' (Maspine) adalah yang terbaik berbanding dengan hibrid lain serta kultivar tempatan. Ciri-ciri Maspine adalah seperti berikut:-

Ciri-Ciri Tampang

- Pokok subur dan sederhana tinggi.
- Daun tidak berduri.
- Saiz jambul sederhana besar (sebagai bahan utama pembiakan).
- Biasanya jarang mempunyai sulur tangkai, sulur angin dan sulur bawah.


Ciri-ciri Pembungaan

- Tindak balas pembungaan lebih daripada 80%.
- Pengeluaran jambak bunga 37 hari selepas aruhan hormon.


Ciri-ciri Buah

- Buah berbentuk silinder dengan sisi bersegi.
- Kulit nipis mempunyai kadar perolehan yang tinggi.
- Bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg.
- Isi bewarna kuning keemasan.
- Kandungan gula tinggi iaitu lebih 16%.
- Kandungan asid rendah (0.58%).
- Rasanya manis dan enak, sesuai dijadikan pencuci mulut.


Hasil

- Lebih kurang 40% lebih tinggi daripada Gandul dan 60% lebih tinggi daripada Josapine.
- Rintang kepada penyakit reput teras.
- Lebih mudah sesuai dengan pelbagai keadaan alam sekitar.


Ciri-ciri Pengalengan

- Kadar perolehan yang lebih baik (20%) berbanding dengan Gandul (16-18%).
- Kandungan gula yang tinggi 14-17% sebelum diproses dan 16-18% selepas diproses.
- pH dan tahap keasidan sesuai untuk pengalengan.
- Isi berwarna kuning keemasan yang menarik serta tidak mudah pecah setelah dipotong.
- Isi buah bersih dan bebas daripada bintik-bintik.
- Garis pusat empulur buah kurang daripada 30 mm.
- Secara keseluruhan industri atau pengilang berpuas hati dengan kualiti varieti ini.

Benih Maspine dihasilkan melalui teknik 'quartering' dan ketulenan klon dijamin. Terdapat lebih 12,000 sulur telah disediakan untuk hibrid ini. Benih ini akan dibiakkan seterusnya dengan menggunakan teknik 'quartering' untuk mencapai sasaran 128,000 sulur pada hujung tahun 2006.

Produk Hasil Pemprosesan Nanas Maspine:

Produk yang boleh dihasilkan ialah produk berkaleng, produk basah, produk kring dan produk separa kering. Produk berkaleng seperti nanas dalam sirap, nanas dalam jus nanas, jus nanas dan minuman jus nanas.

Sesuai dikalengkan atau dibotolkan tanpa gula sebagai jus nanas jernih bersama atau tanpa karbon dioksida.

Penghasilan serbuk jus nanas dengan menggunakan teknologi pengeringan 'fluid bed' atau spray dryer' dan kordial.

Nanas hancur boleh dijadikan puri, sos nanas bercili, sos nanas manis, jem dan inti. Pemproses snek, jeli dan nanas kering.

Nanas Maspine (Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia)



INDEKS KEMATANGAN BUAH NANAS :

Umumnya peringkat kematangan buah nanas boleh ditentukan dengan melihat perubahan warna kulit, keratan 'mata' dan pengiraan hari dari tarikh menanam atau pemberian hormon untuk aruhan bunga. Untuk penuaian, kiraan hari selepas pemberian hormon seringkali digunakan oleh petani. Nanas Moris dan Josapine umpamanya, masing-masing sudah boleh dipetik 125 dan 120 hari selepas pemberian hormon. Jangka masa matang bagi buah nanas Gandul ialah 15-16 bulan sementara nanas Masmerah mengambil masa 17-18 bulan. Walau bagaimanapun, tarikh kematangan ini digunakan sebagai panduan sahaja, kerana kematangan buah nanas boleh juga dipengaruhi oleh cuaca. Buah nanas biasanya masak lebih awal apabila peringkat akhir tumbesaran buah berlaku pada musim hujan.

Indeks 1
Keseluruhan mata berwarna biru kehitaman dengan braktea berwarna kemerahan (belum matang). Isi sangat pejal dan masam dan belum boleh dituai.


Indeks 2
Keseluruhan mata berwarna hijau tua dengan sedikit kuning diantara mata di bahagian pangkal buah. Braktea agak kering dan berwarna keputihan (peringkat mula matang). Isi pejal dan kemasaman. Belum sesuai dimakan segar. Sesuai untuk ditin dan eksport segar melalui laut.


Indeks 3
Keseluruhan mata berwarna hijau dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah berwarna hijau kekuningan (cukup matang). Isi pejal, agak berjus dan masam manis. Boleh dimakan segar tetapi belum enak dimakan. Sesuai untuk ditin dan dieksport segar melalui laut dan udara.


Indeks 4
Lebih kurang 25% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.


Indeks 5
Lebih kurang 50% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.


Indeks 6
Lebih kurang 75% mata berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi agak lembik, terlalu banyak jus, manis dan harum. Masih sesuai dimakan segar. Tidak sesuai untuk eksport.


Indeks 7
Keseluruhan mata berwarna oren kekuningan (buah ranum). Isi lembik, terlalu banyak jus dan masam manis. Masih boleh dimakan segar tetapi kurang enak. Tidak sesuai untuk eksport.

Nanas dituai dengan memotong bahagian tangkainya dengan parang. Bahagian tangkai buah ada kalanya dibiarkan sepanjang 6-10 cm bagi memudahkan kerja-kerja pengendalian. Buah yang telah dituai dimasukkan ke dalam bakul yang disangkut di bahagian belakang pekerja. (Dipetik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI 2005).

Indeks warna buah nanas







Ciri-Ciri Maspine Berbanding Dengan Josepine dan Gandul


Varieti Duri
Daun Sulur Berat
Buah
(kg) Tempoh
Matang
(hari)* Bintik
Isi TSS Asid HR% Hasil
(t/ha)
Maspine tiada jarang 1.76 155 0.4 18.3 0.58 2.7 56
Josaspine sedikit banyal 1.12 115 0.9 16.4 0.82 32.3 35
Gandul sedikit sedikit 1.44 148 0.5 12.2 0.50 10.2 40

Sunday, May 9, 2010

Menanam Nangka

NANGKA - Artpcarpus Heterophyllus
(tanaman jangka panjang)

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-
Istilah Nangka dari Wikipedia Indonesia - klik
Istilah Nangka dari Wikipedia Bebas - klik
Varieti-Varieti Nangka
Kematangan dan Penuaian Buah Nangka
Pengendalian Lepas Tuai
Blog Teknologi Pertanian: Nangka


Nama Saintifik : Artocarpus heteropyllus Lam
Nama Tempatan : Nangka
Keluarga : Moraceae

Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.

Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Iklim

Sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika. Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o - 31oC. Tanaman ini agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemarau yang melebihi dua bulan kurang sesuai untuk tanaman ini melainkan pengairan dapat disediakan. Tanaman nangka juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah dibanjiri.


Faktor tanah

Tanah gembur dalam, mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai. manakala kawasan yang senang bertakung air tidak sesuai.


VARIETI-VARIETI NANGKA

Klon kultivar yang disyorkan:-

J 29
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

J 31
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

J 32
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

J 33
Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

MASTURA (Cj)
Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000).

Bagaimana MASTURA dihasilkan?

Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat penilaian. Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih untuk dikacukkan.

Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg sebiji, empulur yang kecil dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak. Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan.

Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA.

Ciri-ciri MASTURA:

Kultivar baru nangka MASTURA mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

lon nangka.


PENYEDIAAN BENIH TANAMAN:

Gunakan baja klonal yang dibiakkan secara tampang iaitu cantuman mata tunas dan baji (klik untuk lihat proses cantuman dan cantuman pokok). Bahan pembiakan mestilah diperlehi dari sumber pokok induk yang disahkan tulen. Anak benih nangka yang hendak ditanam ke ladang mestilah anak benih yang sihat, subur, cergas dan tidak berpenyakit.

PENANAMAN DI LADANG

Semua anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses ini boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada sekali sehari selama seminggu. Setelah itu anak benih bolehlah ditanam di ladang.

Buat lubang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Lubang-lubang ini seelok-eloknya dibiarkan terdedah selama 1-2 hari. tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fostat. Sebanyak 5-10 kg baja organik dan 150-250 gm baja fostat diperlukan bagi setiap lubang. Setelah digaul, tanah tersebut dibiarkan selama seminggu sebelum operasi penanaman anak pokok dilakukan.

Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman. Tanggalkan polibeg dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut. Padatkan tanah di keliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi berbusut sedikit bagi mengatasi air bertakung atau tanah mendap. Siram anak pokok dengan secukupnya selepas menanam.

Anak pokok yang baru ditanam ke ladang perlu diikat kepada kayu pancang bagi mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak. Anak pokok nangka perlu juga dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan di pangkal anak pokok bagi memberikan keadaan kelembapan tanah yang optimum bagi pertumbuhan anak pokok.

SISTEM PENANAMAN

Tanaman tunggal / selingan:

Menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontour. Keutamaan sistem tiga segi sama, pada satu jarak yang sama dapat memberikan bilangan pokok yang baik, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi sama.

Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi. Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai tanaman selingan atau tanaman pengisi. Kombinasi yang popular ialah menanam nangka dengan durian. Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang di mana pokok durian di tanam di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok nangka akan dibuang apabila produktiviti nangka telah menurun dan kanopi pokok-pokok mula bertaut.

Tumbesaran pokok nangka lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab. Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria.



PEMANGKASAN:

Pokok nangka memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini. Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit. (sila lihat pangkasan pokok).

Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam. Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer. Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama. Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok. Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga.

PEMBAJAAN

Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi. Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.; Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai.

Program Pembajaan Bagi Tanaman Nangka

Umur pokok (tahun) Kadar baja kimia (g/pokok/tahun) Baja Organik
(kg/pokok/tahun)
Urea TSP K20 Mg
1
2
3
4
5
6
7
8-20
165
330
459
530
670
795
1060
1325
163
325
488
520
650
780
1040
1300
125
250
375
565
710
850
1130
1415 40
75
110
150
185
225
300
375 10
10
15
15
20
30
40
40


Nota:

Urea
TSP
K20
Mg :
:
:
: Untuk tumbesaran pokok
Trade Super Phosphate (P)
Kalium (K)
Magnesium + mg

Urea, TSP, K20 dan Mg merupakan baja tunggal. Digunakan untuk kesesuaian pokok pada keadaan ketika itu. Hasil gabungan keempat-empat elemen di atas dikenali dengan nama N:P:K + Mg.

PENGURUSAN AIR

Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis. Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik. Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan. Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja.

PENJARANGAN BUAH

Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat.

Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul. Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok.

PENYAKIT DAN KAWALAN TANAMAN NANGKA

Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight)

Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang. Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk.

Kawalan: Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu.


KAWALAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN NANGKA

Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:-

Pengorek Buah (Margaronia caesalis) - dari jenis kupu-kupu.
Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan aau fras dikeluarkan dari lubang ini. Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas.


Pengorek Batang (Apriona flavescens) Kamp - sejenis kumbang
Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang. Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama. Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering. Ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.


Lalat buah (bactrocera spp).
Bertelur di dalam buah yang hampir masak. Mengorek dan memakan isi buah. Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas. Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion disemburkan ke daun. Penggunan bahan penarik methyl-eugenol untuk memerangkap lalat buah.


Kumbang-kumbang Pemakan Daun (Apogonia spp & aderatus spp)
Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas sebagai halangan fizikal untuk mengelakkan lalat buah bertelur pada buah.


KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH NANGKA

Nangka biasanya dituai berdasarkan tarikh selepas buah dibungkus. Penanam mengamalkan pembungkusan buah nangka di pokok untuk mengelakkan buah daripada serangan serangga perosak terutama lalat buah. Buah nangka mula dibungkus apabila saiznya mencapai 8-10 cm panjang atau 2 minggu selepas berputik. Buah jangka NS1 sudah boleh dipetik 12 minggu selepas dibungkus, manakala buah nangka Madu dipetik 14 minggu selepas dibungkus.

Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik. Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda. Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak. Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat).

Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengan sekateur atau pisau. Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok.

Indeks Kematangan Buah Nangka

Indeks 1
Tidak matang. Keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya. Keadaan duri masih rapat dan tajam. Belum sesuai untuk dipasarkan.

Indeks 2
Matang. Sebahagian permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar tetapi masih agak tajam. Sesuai untuk dituai dan akan masak dalam tempoh 3-4 hari.

Indeks 3
Masak. Permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar dan kurang tajam. Buah mengeluarkan bau aroma yang agak kuat.

Indeks 4
Buah ranum. Keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning kemerahan. Buah mengeluarkan bau aroma yang kuat.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Pengangkutan buah ke pusat pengumpulan
Menyambut dan menyusun rapi buah dengan cara seorang pekerja. Buah disusun dengan tangkai menghala ke atas tidak lebih dari 2 lapis buah. Di antara lapisan diletak pelapik span. Kerja-kerja mengangkat, menyusun dan mengangkut dibuat berhati-hati supaya buah tidak bergesel.


Penerimaan buah di tempat pengumpulan
Tarikh terima buah, sumber buah dan kuantitinya direkod.


Memilih / mengasingkan buah
Buah diasingkan mengikut tahap kematangan/kemasakan dan keadaan kerosakan.


Membasuh buah
Air yang bersih digunakan untuk membasuh. Untuk diproses, minima air dicampur klorin ialah 100 ppm. Basuh buah berhati-hati agar kulitnya tidak cedera. Kesan-kesan getah ditanggalkan begitu juga bahan lain yang melekat pada kulit.


Mengeringkan buah
Buah yang telah dibasuh diletak atas rak di kawasan teduh dengan pengudaraan yang baik.


Mengred buah
Pengredan Am: Buah nangka bebas daripada kecacatan, kerosakan, penyakit, serangga (hidup atau mati), kulat dan lain-lain kekotoran.

Gred A:
Buah dari varieti yang mempunyai ciri yang sama, matang, tidak terlalu masak, bersih, bentuk menarik, berkeadaan baik tanpa sebarang infeksi dan kerosakan. Peratus tolerans ialah 10% bagi kerosakan buah dan 5% bagi buah luar saiz di dalam sesuau konsainan.

Gred B:
Buah dari varieti yang mempunyai ciri yang sama, matang, tidak terlalu masak, bersih dan bebas daripada sebarang infeksi dan kerosakan. Peratus tolerans ialah 10% bagi kerosakan buah dan 10% bagi buah luar saiz di dalam sesuau konsainan.


Pembungkusan buah
Buah yang telah digred diisi ke dalam kotak dan disekat antara satu sama lain dengan lapisan span supaya tidak bergesel. Kotak kertas bersalur tahan menampung berat buah serta boleh memuatkan 1-2 biji buah untuk dieksport.


Penyimpanan / pengangkutan buah ke destinasi
Ia perlu segera dihantar ke destinasi pasaran dalam tempoh 3-4 selepas dituai


Memeram buah
Rawat buah dengan gas Etilena pada kepekatan 50 ppm selama 24 jam pada suhu 25oC supaya buah masak dengan sekata antara 3-4 hari.


Proses Minima
Buah dipotong dan ulas isi dikeluarkan. Ulas digred mengikut saiz, kemasakan dan warna. Hanya ulas yang tidak terpotong dibungkus untuk dipasarkan. Biji boleh dikeluarkan mengikut kehendak pasaran. Ulas isi disusun dalam bekas seperti kotak/bekas polistrene dan dibalut dengan plastik pembungkus. Buah yang diproses disimpan pada suhu 20oC supaya tahan disimpan selama 3 minggu. Buah dihantar ke destinasi menggunakan lori sejuk pada suhu 20oC. Buah boleh diisi dalam 'thermal freeze box' untuk kekalkan suhu.

Menanam Manggis

PANDUAN MENANAM MANGGIS - Garcinia Mangostana L.
(Tanaman Jangka Panjang)


Manggis (Garcinia mangostana L.) adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20oC dan 30oC Ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun dan sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir.>

Kultivatar Yang Disyorkan

Tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-


Istilah Manggis dari Wikipedia - klik
Panduan Menanam Manggis (pdf) - klik
Suntingan berita: Khasiat Kulit Manggis (doc) - klik
Herba Manggis: Khasiat kulit manggis


Pengurusan Air:

Pengurusan air sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi mengatasi masalah ini, seelok-eloknya pokok diubah ke ladang pad awal musim hujan. Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau.

Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan lebih cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan. Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar.

>Bagi ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air. Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60 psi.

Kawalan Serangga Bagi Tanaman Manggis

Jenis Serangga Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan
1. Pelombong Daun
(Phyllocnictis citrella)



Larva memakan inti daun melalui saluran atau liang-liang yang dibuat. Daun yang diserang menjadi berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan pudar dan bergulung. Larva membesar di dalam daun dan menjadi kepompong dalam lipatan daun.
Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis serap seperti dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif.

2. Pengorek Buah
(Curculio sp.)






Kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah. Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah. Apabila buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di dalam tanah. (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul sebagai kumbang dewasa).
Belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera.









Kawalan Penyakit Bagi Tanaman Manggis

Jenis Penyakit Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan
1. Cerana Zignoela
(Zignoela garcianneae)

Menyerang dahan dan batang. Tempat diserang akan bengkak dan bercerana. Daun akan layu dan luruh. Pokok akan mati.
Musnah pokok yang diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk mengawal penyakit dari merebak.

2. Cendawan Angin
(Corticum salmonicolor)



Menyerang batang dan dahan pokok. Bahagian yang diserang akan menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang. Daun-daun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu dan terus mati.
Dikawal dengan memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok. Cantas dahan yang terlalu rapat. Jika perlu sembur bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat berasaskan kuprum.



Kerosakan Lain:

Gamosis
Selain penyakit, pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang boleh merosakkan dahan dan buah. Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit. Kerosakan ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal. Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah matang. Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah. Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya tidak rosak. Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak dibiarkan jatuh ke tanah. Kawalan gamosis secara terperinci masih belum diperolehi.


Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai perlu dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal pokok bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air. Kawalan dilakukan dengan menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Sekiranya perlu, rumpai di keliling pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah serta meningkatkan kesuburan tanah. Bagi pokok manggis yang matang rumpai dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha).


Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH):

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada TDMH yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak. Sebagai panduan TDMH bagi racun perosak yang digunakan pada tanaman manggis adalah seperti berikut:-


Racun Perosak TDMH (bilangan hari)

1. Racun berasaskan kuprum
2. Dimethoate

tiada
23




Indeks kematangan dan penuaian Buah Manggis

Tanaman ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali.

Buah manggis mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang. Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan. Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25oC - 30oC.


Indeks 1 :
Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah.



























Indeks warna buah manggis

Indeks 2




:





Hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit. Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima.

Indeks 3







:







Merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah. Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah.

Indeks 4




:




Keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran eksport.

Indeks 5




:




Coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi lateks. Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini.

Indeks 6

:


kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan. Isi dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi.

Indeks 7
:

Ungu Gelap atau kehitaman pada seluruhpermukaan kulit. Buah pada peringkat ini adalah terlalu masak.



Pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Pengendalian di ladang
Buah-buah yang dipetik, dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu.


Pengendalian di Pusat Pembungkusan
Di rumah pembungkusan, buah dipilih. Buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan.


Penggredan
Buah digred mengikut saiz. Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan berasaskan penentuan gred.

- berat sebiji buah 100 gm atau lebih, iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg.
- kulit buah bersih, tidak cedera, bebas dari kesan penyakit atau kerosakan oleh serangga.
- kulit sederhana tebal, pejal tetapi tidak keras.
- tiada kesan getah kuning (resin) pada kulit dan tangkai.
- ulas isi putih bersih dana tidak jernih disebabkan oleh kecederaan.


Pembungkusan
Buah disusun dengan teratur dan padat di dalam kotak. Lapisan pengalas digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan kotak. Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan kemudian mengaturnya di atas kenderaan dan di bilik penyimpanan.


Penyimpanan
Bagi pasaran segar, penggunaan bilik sejuk pada suhu 5oC dan kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis. Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu.


Pengangkutan
Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa penyimpanan buah dan kos yang terlibat

Menanam Mangga

PANDUAN MENANAM MANGGA
(Tanaman Jangka Panjang)


Nama Saintifik
Nama Biasa
Famili : Mangifera indica Linn.
: Mangga atau mempelam
: Anacardiaceae


VARIETI MANGGA / KLON YANG DISYORKAN:

Chok Anan (MA 224)
Manual Tanaman Mangga Chok Anan (format pdf) - klik !


MA 223
Berasal dari Thailand. Dikenali dengan nama 'Nam Doc Mai'. Mangga ini sangat sesuai ditanam di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Buah berbentuk bujur dan membengkok sedikit di bahagian hujung. Saiz buah sederhana besar dan purata berat buah adalah diantara 400-450 gm sebiji. Kulit buah masak berwarna kuning emas dan isinya berwarna kuning. Rasanya manis, berbau harum, berjus dan bersabut sedikit. Klon ini didaftar pada 19 Oktober, 1990."


MA 204
Berasal dari Kodiang, Kedah. Popular dengan nama 'Melele' dan telah didaftar pada 13 November, 1978, saiz buah sederhana, berbentuk bulat membujur dan mempunyai puting yang nyata di bahagian tangkai buah. Kulit buah berwarna hijau kekuningan. Isinya berwarna kuning, berjus dan beraroma, isinya bersabut sedikit.


MA 200
Dikenali dengan nama Malgoa. Mempunyai buah yang besar dan berbentuk bulat seperti jantung. Kulitnya lembut dan berwarna hijau, kekuningan bila masak. Isinya berwarna kuning tua, tebal dan tidak bersabut. Rasanya manis bila masa di pokok dan baunya sedap. Buahnya masak tidak serata dan eloklah dipetik hanya ketika telah betul-betul masak. Jenis ini boleh ditanam dan berbunga di merata tempat dan tidak bermusim. Pada keseluruhannya jenis ini tidak begitu sesuai ditanam secara berleluasa kerana masalah buah yang tidak masak serata dan hanya disyorkan ditanam di halaman rumah.


MA 194
Dikenali dengan nama Apple Manggo, Rumani. Mempunyai buah yang kecil hingga sederhana besar dan berbentuk bulat seperti epal. Kulitnya lembut dan berwarna kuning kehijauan dan kadang-kadang kemerahan sedikit. Isinya berwarna oren hingga kemerahan, tebal, halus dan tidak bersabut langsung. Rasanya manis dan berbau sedap. Buahnya mestilah dipetik apabila telah cukup masak sebab jika dipetik sebelum cukup tua, buahnya akan terasa masam. Jenis ini didapati boleh ditanam dan berbunga di merata tempat di negara ini dan tidak begitu bermusim. Sesuai ditanam di halaman rumah kerana cepat dan selalu berbuah.


MA 165
Berasal dari Negeri Kelantan. Dikenali dengan nama MAHA 65. Didaftarkan pada 28 Januari 1972. Buah bersaiz besar (450-600 gm sebiji), berbentuk panjang dan leper. Kulit buah berwarna hijau kekuningan bila masak. Isinya berwarna kuning muda, tebal tanpa sabut, tekstur isinya halus, rasa yang manis dan tidak beraroma. Pengeluaran buah adalah tinggi tetapi mudah merekah sebelum matang.


MA 162
Berasal dari Port Dickson. Dikenali dengan nama 'Foo Fatt' atau 'Golek'. Didaftarkan pada 28 Januari, 1972. Buah bersaiz sederhana besar dan purata berat buah ialah 500 gm sebiji. Buah berbentuk bulat memanjang dan bengkok di hujung. Kulit buah berwarna hijau kekuningan apabila masak. Isinya tebal, berwarna oren, bertekstur halus dan rasanya manis tetapi tidak beraroma.


MA131
Mula dikenali di Kedah dan dipanggil Mangga Haji Dollah. Telah didaftar dibawah klon Nombor MA 131 pada 28 Jun 1971. Juga ditanam di pekan Terong, Perak (4 ha. di Kg. Sungai Hantu dan 1 ha. di Kg. Sungai Kerang) dan diikenali dengan nama tempatan Mangga Nangka Udang dan juga Nangka Betik. Buah bersaiz besar dengan ukuran panjang 26 cm dan lebar 12 cm. Bentuknya memanjang serta membuat sedikit di bahagian pangkal hujung buah. Berat purata sebiji boleh mencapai hingga 2 kg. Kulitnya sederhana tebal dan berwarna hijau kekuningan pada peringkat matang dan berwarna kuning kehijauan bila masak. Isinya tebal, halus dan berwarna kuning kemerahan setelah masak. Isinya masam-masam manis dan beraroma sedikit.

Pokok penanti adalah jenis tradisional seperti mempelam telur yang berumur lebih 20 tahun. Klon nangka udang yang dicantum adalah daripada Negeri Kedah. Oleh kerana saiz buah adalah besar dan berat (1.8-2.3 sebiji) serta harga runcit pada RM5.00-RM8.00 / kg. maka buah ini mempunyai pasaran tertentu sahaja (niche market).


MA 130
Nama lain Kuala Selangor, Betek Cendroh Gajah. Mempunyai buah yang sederhana hingga besar dan berbentuk bulat bujur dan kembong di tengahnya. Kulitnya berwarna hijau kekuningan bila masak. Isinya berwarna oren kemerahan, tebal dan manis dan sedikit bersabut. Baunya kurang memuaskan dan mutunya dianggap sederhana sahaja. Hasilnya tinggi dan sentiasa berbuah setiap musim. Jenis ini didapati boleh ditanam dan berbunga di merata tempat di negara ini.


MA 128
Klon berasal dari Sungai Nibong, Kuala Selangor. Popular dengan gelaran Harumanis. Telah didaftarkan pada 28 Mei 1971. Buahnya sederhana besar dengan berat diantara 400-450 gm sebuah. Bentuk buah adalah bujur dan bengkok sedikit di bahagian hujung. Kulit buah berwarna hijau walaupun telah masak. Isinya tebal, berwarna oren, berjus, tekstur isinya halus, mempunyai bau yang harum dan rasanya manis.


MA 123
Mempunyai buah yang sederhana besar dan berbentuk bulat dan bulat bujur. Warna kulitnya hijau bila masak. Isinya berwarna oren, tebal, manis dan berair. Mutunya sederhana dan baunya tidak begitu enak. Hasilnya baik, lebih kurang 40 biji sepokok semukim dari pokok yang berumur 5 tahun. Pada keseluruhannya jenis ini sesuai ditanam secara berleluasa atau di halaman rumah.


KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Iklim

Iklim tropika dan subtropika adalah sangat sesuai. Pokok boleh tumbuh dengan optimun pada suhu 24oC-27oC dengan taburan hujan diantara 750 mm - 2500 mm setahun dan wujudnya musim kemarau yang jelas selama 1-2 bulan bagi merangsang pokok mangga untuk berbunga. Keadaan kering juga diperlukan semasa bunga kembang bagi menggalakkan proses pendebungaan, persenyaawaan dan pembentukan putik buah yang baik. Hujan yang berlebihan pula akan menyebabkan serangan penyakit dan perosak pada bunga dan seterusnya mengurangkan pembentukan putik buah. Dalam keadaan terbuka, angin yang deras akan memberikan kesan buruk kepada kelekatan bunga, putik dan buah mangga. Oleh yang demikian, pokok-pokok lindungan untuk menahan kederasan angin seperti tanaman rhu, bintangor, medang dan belinjau adalah digalakkan.


Faktor Tanah

Kawasan tanah yang terlalu berpasir, berbatu dan cetek, bertakung air beralkali dan berbatu kapur adalah tidak sesuai untuk tanaman mangga. Tanaman mangga sentiasa memerlukan salinan yang baik walaupun ia tidak begitu sensitif terhadap keadaan keasidan tanah dengan julat kesesuaian pH diantara 5.5 - 7.5. Tanaman mangga didapati tidak tahan terhadap saliniti yang berlebihan. Tanah yang mempunyai saliniti 2 mmhos atau kurang pada kedalaman 0-125 cm amatlah sesuai.

Kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi, mangga patut ditanam di atas batas atau busut. Penanaman cara begini biasa terdapat di kawasan MADA Kedah dimana busut disediakan. Biasanya pokok mangga di kawasan begitu adalah lebih kecil dan cepat berbuah.



AMALAN KULTUR

Bagi kawasan berbukit-bukit, kecerunannya hendaklah tidak melebihi 20o. Teres penanaman, jalan ladang dan langkah-langkah pengawalan hakisan perlulah dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan dan penjagaan ladang. Kawasan yang bertekstur sederhana memadailah dibajak piring sekali dan diikuti dengan bajak putar. Kawasan yang bertekstur keras pula disyorkan dua kali bajak piring dan bajak putar.

BENIH TANAMAN

Boleh dibiakkan dengan kaedah cantuman mata tunas atau baji dan kaedah lain yang sesuai. ((i) lihat panduan cantuman mata tunas / baji (ii) cantuman pokok). Pokok penanti dari jenis mangga telur digunakan kerana ianya sangat sesuai, peratus percambahan tinggi, saiz kecil dan mudah diperolehi. Buah yang digunakan untuk tujuan pokok penanti mestilah cukup matang bagi mendapatkan peratus percambahan yang tinggi disamping memudahkan kerja-kerja memproses.

Selepas diproses, biji benih dirawat dengan racun kulat dan disemai di dalam kotak semaian yang berisi pasir halus dari sungai. Siraman dibuat 2-3 kali sehari. Semaian dibuat di bawah lindungan 45% telus cahaya. Percambahan berlaku selepas 2-3 minggu biji benih disemai. Anak-anak pokok penanti boleh diubah ke dalam polibeg setelah berumur 4-5 minggu. Media tanah campuran ialah 7:3:2 atau 5:2:1 (tanah:baja organik:pasir) dimasukkan ke dalam polibeg berukuran 20.3 cm x 30.5 x 0.125 cm. Anak-anak pokok penanti boleh diletakkan di dalam rumah teduhan atau di semaian terbuka.

Siraman kepada anak pokok penanti dibuat setiap hari. Racun kulat digunakan apabila perlu. Pembajaan dibuat dengan menggunakan baja kimia diselangi dengan baja organik seperti tahi ayam. Ini disyorkan kerana ia dapat mengekalkan kesuburan tanah lebih lama. Kerja-kerja cantuman boleh dibuat setelah pokok penanti berumur 4-5 bulan. Teknik yang biasa dilakukan ialah cantuman mata tunas kerana ia mudah dilakukan, kos yang lebih rendah, peratus kejayaan tinggi, pokok lebih tahan dan pertumbuhan lebih cepat.

SISTEM PENANAMAN

Untuk memaksimumkan pengeluaran hasil mangga dan juga memperolehi harga pasaran yang baik, penanaman campuran klon mangga adalah disyorkan. Bagi kawasan yang telah ditanam dengan klon tunggal dan menghadapi masalah pembungaan dan pengeluaran buah, campuran klon boleh diperolehi dengan kaedah cantuman dewasa di ladang, di mana pokok asal akan ditebang sehingga tinggal ketinggian lebih kurang 1 meter dari permukaan tanah. Tunas baru akan mula terbit sebulan kemudian. Kerja-kerja mencantum dengan mata tunas boleh dilakukan 5 bulan selepas menebang pokok dan hasil akan diperolehi 2 tahun selepas mencantum.

PENANAMAN DI LADANG

Sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Bagi kawasan tanah yang rata dan landai, sistem segi empat, segi tiga sama dan siku keluang boleh digunakan, manakala di kawasn yang curam pokok ditanam mengikut kontur bagi mengurangkan masalah hakisan tanah. Jarak tanaman ialah 9m x 9m bagi klon yang bersifat tinggi dan besar dan 7.5m x 7.5m bagi klon yang sederhana besar.

Lubang tanaman digali, berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Asingkan tanah atas daripada tanah bawah. Gaulkan 10 kg baja organaik dan 200 gm CIRP dengan tanah atas dan masukkan semua ke dalam lubang, diikuti dengan tanah bawah untuk dijadikan busut. Lubang dibiarkan selama 1 bulan. Semasa menanam, lubang digali semula sebesar beg plastik anak mangga yang hendak ditanam. Buangkan plastik sebelum anak benih ditanam. Kayu pancang atau kayu penyokong digunakan supaya anak pokok tidak patah atau tumbang bila ditiup angin. Sungkupan diletak di pangkal pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal rumpai. Penyiraman dijalankan setiap hari.

PEMBAJAAN

Pembajaan yang sempurna menjamin tanaman mangga tumbuh subur dan memberi hasil yang optimum. Pembajaan tanaman ini dipengaruhi oleh faktor seperti jenis tanah dan untuk tanaman tersebut.

Program pembajaan untuk tanaman mangga


Peringkat Pertumbuhan Umur Pokok
(Tahun) Jenis Baja Sebatian (N:P:K:Mg) Kadar Baja
Kg/Pokok/
/Tahun Cara dan Masa Membaja
Masa menanam Pembajaan asas
CIRP
Baja Organik 0.2
10 Dimasukkan ke dalam lubang dan gaul bersama tanah atas.
Tumbesaran 1
2
3 15:15:15 atau
14:13:19:2 atau
15:15:6:4
Baja Organik 1.0

10-15
Bahan organik ditabur dan digaul di permukaan tanah, dipangkal pokok sekali setahun. Baja sebatian ditabur/secara poket di bawah julai daun 3-4 kali setahun.
Berbuah 4
5
6
7
>8
12:12:7:2+TE atau
12:6:22:3 atau
13:13:20:2+TE
Baja Organik
2.0
2.5
3.0
4.0
4.0
15-40
Baja sebatian ditabur 3-4 kali sethaun.



Baja organik ditabur dan digaul di permukaan tanah, di pangkal pokok sekali setahun.


PEMANGKASAN

Pemangkasan (cantasan) adalah amalan penting yang perlu dilakukan. Ia dapat mengekalkan perseimbangan di antara dahan dan ranting supaya kelihatan lebih menarik disamping mendapat penghasilan buah yang lebih tinggi dan seragam. (sila lihat panduan pangkasan pokok).

PENGURUSAN AIR

Tanaman mangga memerlukan keadaan kering untuk mula berbunga dan berbuah. Di kawasan di mana kemarau berpanjangan dan pokok mengalami kekurangan air, putik buah akan mengalami keguguran dan pembesaran buah akan terjejas. Untuk mengelakkan keadaan ini, pokok perlu diberi pengairan sekurang-kurangnya selama tujuh minggu sebaik sahaja selepas pembungaan penuh. Kadar keperluan air sepokok sehari oleh tanaman adalah berbeza mengikut peringkat tumbesarannya.

Apabila pembentukan putik buah bermula, pengairan perlu diberi berterusan sehingga buah hampir matang iaitu lebih kurang 7 minggu kemudian. Selepas itu ianya diberhentikan bagi mengelak buah dari merekah kerana tumbesaran buah terhad dan juga bagi mempercepatkan proses kematangan buah. Memandangkan iklim di Malaysia yang panas, disyorkan pemberian air dijalankan 2 kali sehari dan jumlahnya tidak melebihi kadar keperluan harian yang ditetapkan.

PENJARANGAN DAN PEMBUNGKUSAN BUAH

Amalan menjarangkan buah dilakukan serentak semasa membungkus buah. Biasanya buah dijarangkan sehingga 2-3 buah setangkai sahaja untuk dibiarkan membesar. Penjarangan diamalkan bagi mendapat hasil buah yang bermutu serta saiz dan bentuk buah yang hampir seragam.

Buah mangga biasanya dibungkus pada peringkat 40-45 hari selepas berputik iaitu apabila buah mangga sebesar telur ayam. Hanya buah yang bersih dan tidak cacat sahaja dipilih untuk dibungkus. Sebelum membungkus, buah mangga perlu disembur dengan racun serangga dan racun kulat yang disyorkan.

Buah mangga dibungkus dengan kertas yang biasanya dijadikan beg yang saiznya boleh menampung buah yang telah matang. Setiap beg dikhaskan untuk membungkus sebiji buah sahaja walaupun terdapat beberapa buah dalam satu tangkai. Beg kertas ini perlu diberi tanda dengan warna-warna yang berbeza bagi memudahkan pemetikan. Kerja-kerja ini penting kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat dan ini menyebabkan peringkat kematangan buah juga berperingkat-peringkat.

TEMPOH KEMATANGAN

Pengiraan umur buah mengikut kalender merupakan cara yang mudah untuk menentukan kematangan buah mangga. Catatan umur buah yang sesuai dituai dikira sasma ada daripada pemekaran bunga atau pembentukan putik buah. Masa yang sesuai untuk penuaian beberapa varieti mangga adalah seperti berikut:-

Tempoh kematangan mengikut klon


Klon Umur dari peringkat berputik (minggu)
Chok Anan (MA 224)
Golek (MA 162)
MAHA 65 (MA 165)
Masmuda (MA 204)
Harummanis (MA 128)
Nam Dorkmai (MA 223)
Tok Boon
Epal
Malgoa
Sala
Maha 65
Lebai Mohamad 10
12
16
13
12
12
15
15
12
12
16
13


Buah yang matang tenggelam di dalam air kerana ketumpatannya lebih daripada 1. Sementara buah yang belum matang pula timbul dalam air dan ketumpatannya kurang daripada 1. Penentuan cara ini sesuai bagi buah mangga Masmuda dan Cokanan. Selanjutnya buah yang matang (buah yang tenggelam dalam air) boleh diasingkan lagi mengikut darjah kematangan menggunakan larutan garam biasa (NaCI) pada kepekatan yang berbeza-beza.

PENGUTIPAN HASIL

Pengutipan buah mangga bergantung kepada pasaran dan destinasi pemasaran. Buah yang dituai hendaklah mencapai peringkat kematangan yang sesuai. Kerja-kerja penuaian perlu dijalankan dengan cermat dan teliti supaya mutu buah terpelihara. Penuaian boleh dilakukan dengan memotong tangkai buah serapat yang boleh dengan daun terakhir menggunakan kacip pemotong. Pemetikan cara ini dilakukan dengan tangan dan sesuai bagi pokok yang rendah atau pokok yang buahnya mudah dicapai apabila menggunakan tangga. Bagi pokok yang tinggi dan tangga tidak boleh digunakan, alat-alat tertentu seperti perangkap jaring yang dipasang pada galah yang panjang boleh digunakan.

Buah yang dipetik boleh mengeluarkan lelehan getah sekiranya buah ditarik dari tangkainya. Lelehan getah ini boleh menurunkan mutu buah sekiranya ia dibiarkan kering. Untuk mengurangkannya disyorkan memotong tangkai buah lebih panjang ketika memetik buah. Elakkan getah dari meleleh ke permukaan kulit buah dengan menyusun tangkai buah menghala ke bawah.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Pengendalian di Ladang

Buah yang dituai, dikutip dan dikumpulkan di kawasan teduhan yang terlindung dari pancaran matahari dan disusun di atas guni atau sponge. Selepas buah dikumpulkan, ia perlu disusun semula dalam bakul-bakul plastik yang berjaring. Bakul-bakul tersebut perlu dilapik dengan sponge atau alas yang sesuai untuk mengelakkan buah-buah dari tercedera atau rosak semasa pengangkutan dari ladang ke pusat pembungkusan.


Pengendalian di Pusat Pembungkusan

Di Pusat Pembungkusan, buah dipillih (untuk mengasingkan yang rosak), dibasuh, dikering, digred, diperam, disimpan dan dibungkus untuk dieksport. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan:-

Membasuh
Kertas pemebalut dibuangkan, tangkai dipotong sehingga tinggal tidak melebihi 0.3 cm. Buah dimasukkan ke dalam tangki air dan digosok dengan sponge atau kain. Kelaskan buah yang mempunyai ciri-ciri dan saiz yang sama.

Pengeringan
Buah yang sudah dibasuh dikeringkan dengan meletakkannya di atas para yang beralas sponge bagi mengelak buah dari tercedera. Buah tersebut perlu disusun selapis sahaja dan tidak terdedah kepada cahaya matahari atau bahan-bahan panas. Biasanya kipas angin digunakan dalam proses pengeringan.

Penggredkan
Kerja-kerja penggredan buah dilakukan semasa menyusun untuk dikeringkan. Aktviti penggredan dilakukan untuk memenuhi kehendak pasaran dan meningkatkan kualiti buah. Mutu buah digredkan di bawah 3 gred iaitu Gred A, Gred B dan Gred C. Boleh dikelasifikasikan sebagai besar (>500 gm), sederhana (350-500 gm) dan kecil 250-350 gm).

Pemeraman
Biasanya buah mangga yang dikutip akan masak dalam masa 3-4 hari. Proses pemeraman dilakukan sekiranya buah yang akan dipasarkan masih belum masak. Beberapa kaedah digunakan seperti membalut buah dengan kertas, diperam dalam bakul atau kotak. Penggunaan gas etelina juga diamalkan untuk mendapatkan keseragaman buah yang masak dan kulit yang menarik. Untuk tujuan ini, sebuah bilik pemeraman khas diperlukan. Gas etelina pada kadar 5 bpj didedahkan kepada buah mangga selama 19 jam dan suhu dikawal diantara 20oC-30oC dengan kelembapan bandingan pada kadar 85-90%.


Pembungkusan
Jenis pembungkusan yang disyorkan bagi tujuan pemasaran adalah menggunakan kotak kertas. Saiz kotak berbeza-beza tetapi atasnya perlu mempunyai lubang-lubang udara dengan muatan yang terhad kepada kuantiti atau berat yang telah ditentukan. Sebaik-baiknya buah mangga hendaklah diisi selapis sahaja dan dibahagian dalam kotak tersebut perlu ada sekatan atau ruang-ruang kecil bagi setiap buah untuk mengelakkan buah daripada bergerak yang mana boleh merosakkan buah. Buah-buah tersebut juga boleh dibungkus dengan kertas lembut atau bahan-bahan lain sebagai kusyen atau sponge.

PENYIMPANAN

Buah-buah yang telah diproses dan tidak dapat dijual terus perlu disimpan di dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu antara 9-10oC. Penyimpanan secara ini adalah bertujuan melambatkan buah mangga dari menjadi rosak. Buah mangga dapat disimpan selama 4-7 hari buah akan masak. Sekiranya tiada bilik sejuk, penyimpanan secara biasa boleh diamalkan. Buah dimasukkan ke dalam kotak atau bakul, disusun selapis dan dilapik dengan sponge. Seterusnya, kotak diletakkan di atas para. Pastikan tiada buah yang rosak atau berpenyakit kerana ini akan memudahkan jangkitan penyakit atau merosakkan buah-buah yang elok.

PENGANGKUTAN

Untuk pasaran tempatan dan bagi menjamin kualiti buah, lori yang digunakan perlu mempunyai pengedaran udara yang baik, dan bertutup di atas supaya buah tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Kotak atau bakul buah tidak disusun terlalu tinggi dan padat kerana ia membuatkan buah tertindih dan rosak. Kontena berhawa dingin digunakan bagi pengangkutan jauh agar buah dapat disimpan lebih lama dan tidak mudah rosak.


KENALI PENYAKIT MANGGA

Penyakit Antranos Buah

Penyakit Antraknos buah dan hawar jambak bunga adalah disebabkan oleh kulat yang sama dan menjadi penghalang utama dalam pengeluaran mangga di kawasan tropika. Penyakit ini boleh menyebabkan putik mangga gugur. Penyakit ini juga menyebabkan kerosakan yang tinggi pada buah-buah selepas dipetik jika tidak dikawal.



Tanda-tanda penyakit:

Penyakit ini bermula dengan bintik-bintik hitam kecil di permukaan kulit buah. Bintik ini membesar dan bercantum menjadi tompok-tompok hitam. Biasanya terdapat retak-retak pada tompok hitam tersebut. Dalam keadaan lembab, tompok-tompok hitam tersebut diselaputi oleh lapisan spora-spora berwarna merah muda, biasa dalam bentuk cecincin berpusar. Jika terdapat hujan semasa pembetukan buah, kulit buah akan ditumbuhi bintik kecil yang keras dan timbul, kulit buah menjadi capuk-capuk dan berkerak. Jika musim hujan lebat, kulat-kulat yang terdapat di bahagian atas buah akan turun mengikut aliran hujan menjadikan buah dijangkiti penyakit ini. Apabila buah semakin matang, di hujungnya menjadi hitam dan isinya reput menjadi warna perang kehitaman. Antraknos juga menyerang buah matang di peringkat penyimpanan sebelum dipasarkan.

Agen penyebab:

Patagen penyakit Antraknos ini ialah kulat Colletotrichum gloeosporioides Penz.

Kawalan:

Sembur dengan racun kulat seperti maneb, mancozeb, propineb, chlorothalonil, captafol, benomyl, thiolpanatemethyl dan racun kulat jenis kupram. Ini boleh diguna secara berasingan, campuran atau berselang seli.

Sembur dengan tiga campuran racun iaitu racun kulat, baja daun dan racun serangga contoh: mancozeb, baja daun dan deltamethrin.


Penyakit Antraknos Jambak Bunga
Tanda-tanda penyakit:

Penyakit yang paling serius, boleh menyebabkan kehilangan hasil yang teruk. Bunga dan putik-putik kecil yang diserang penyakit ini akan gugur dan menyebabkan pokok tidak berubah. Serangan semakin teruk di musim hujan dan lembab.




Tanda-tanda penyakit bermula dengan bintik kecil, nekrotik dan berwarna hitam pada kudup, bunga, tangkai bunga dan keseluruhan jambak bunga. Bintik-bintik tersebut membesar dan bercantum menyebabkan keseluruhan jambak bunga menjadi hitam dan kering.


Kawalan: Seperti kawalan penyakit antraknos buah.



Penyakit Antraknos Daun
Penyakit kulapuk hitam selalunya dikelirukan sebagai penyakit jelaga hitam. Kulat penyakit ini berbeza dengan kulat jelaga hitam kerana kulat ini adalah adalah sejenis parasit obligate. Penyakit ini tidak menyebabkan kerosakan yang teruk walaupun ia sering terdapat. Kulit ini juga mengurangkan permukaan fotosintesis. Perhubungan yang rapat antara kulat ini dengan koya adalah kerana manisan yang dikeluarkan oleh koya menggalakkan pertumbuhan kulat ini.



Penyakit ini bermula dengan bintik nekrotik yang kecil tersebar di seluruh permukaan daun. Lama kelamaan bintik-bintik membesar berbentuk bulat atau bersegi. Dalam cuaca lembab atau hujan bintik-bintik menjadi lebih besar dan dalam pelbagai bentuk. Tompokan ini berwarna perang muda hingga kelabu keperangan di tengah dan perang gelap kehitaman di sekelilingnya. Di musim kemarau tompokan menjadi kering dan gugur dan menyebabkan daun berlubang-lubang seperti ditebuk.

Agen penyebab:

Patogen penyakit Antraknos ini ialah kulat Colletotrichum gloeosporioides Penz.
Kawalan: Sama seperti antraknos buah.




Penyakit Bintik Alga
Penyakit ini terjadi apabila pokok kurang subur, keadaan tanah yang tidak baik dan pokok yang ditanam terlalu rapat. Pada serangan yang teruk, alga ini menutup permukaan daun dan ia juga menyebabkan kulit pada batang pokok mangga mengelupas.




Terdapat tompok-tompok berwarna perang seperti karat yang berukuran 5-8 mm pada permukaan atas dan bawah daun. Lama kelamaan tompok yang berwarna karat tadi menjadi pudar dan berubah warna menjadi perang kehijauan. Dengan sendirinya tompokan itu akan hilang dan meninggalkan tompokan putih, kering dan menjadi kehitaman menyebabkan kawasan untuk fotosintesis pada permukaan daun kurang.

Agen penyebab:

Penyakit bintik daun alga ini disebabkan oleh alga hijau yang diberi nama Cephaleuros virescens Kunze.

Kawalan:

- permbaiki amalan-amalan pertanian seperti saliran, dll.
- pembajaan baja yang baik.
- sentiasa kawal serangga seperti hama dan penyakit kulat yang lain dari semasa ke semasa.
- pokok yang ditanam terlalu rapat hendaklah dilakukan cantasan untuk memperbaiki
pengudaraan kawasan tersebut dan supaya banyak terdedah kepada cahaya matahari.





Penyakit Kulapuk Hitam
Penyakit ini adalah penyakit yang biasa didapati dan menyebabkan kerosakan yang teruk pada daun-daun mangga. Daun mangga pada peringkat pucuk sangat peka kepada penyakit ini. Jika serangan teruk, pucuk-pucuk pokok mangga akan mati terutama di musim-musim hujan. Penyakit antraknos daun ini adalah punca kepada jangkitan penyakit hawar jambak bunga dan antraknos buah. Oleh itu kawalan penyakit antraknos daun adalah penting untuk menghalang kerosakan pada jambak bunga dan buah.

Tanda-tanda penyakit:



Serangan kulapuk hitam kelihatan seperti tompokan hitam seperti baldu dan terdapat di dalam berbagai-bagai betuk hingga sebesar 1 cm. Tompokan ini selalunya banyak, meliputi seluruh permukaan daun. Biasanya terdapat di permukaan atau daun, juga terdapat pada tangkai dan ranting.
Agen penyebab:
Penyakit ini disebabkan oleh kulat Meliola mangiferae Earle.

Kawalan:

Kawalan penyakit ini boleh dibuat dengan menghapuskan koya-koya. Penyemburan racun serangga dan racun kulat dari semasa ke semasa untuk mengawal perosak-perosak utama akan melindungi pokok dari serangan penyakit ini.


Penyakit Jelaga Hitam
Penyakit jelaga hitam tersebar luas dan biasanya terdapat pada tanaman mangga tetapi ia bukanlah jenis parasitik. Ia mendapat makanan dari manisan yang dikeluarkan oleh kutu daun, koya-koya dan lain-lain serangga. Jelaga hitam menutup permukaan daun dan mengurangkan fotosisntesis menyebabkan pokok mangga mengeluarkan buah yang sedikit dan pokok kelihatan tidak sihat.





Haifa jelaga hitam ini juga menyerap air menyebabkan permukaan daun sentiasa berkeadaan lembab dan ini akan menggalakkan penyakit-penyakit lain merebak. Jelaga hitam juga menyebabkan mutu buah rnedah untuk pemasaran. Jelaga hitam biasanya terdapat pada batang, dahan, ranting , daun dan juga pada buah. Pada daun dan ranting, kulat ini kelihatan seperti jaringan haifa yang longgar atau lapisan nipis atau lapisan tebal seperti baldu. Pada buah pula jelaga hitam kelihatan seperti selaput nipis berwarna hitam yang bercorak seperti aliran airmata.

Agen penyebab:

Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis kulat jenis Ascomycete. Kebanyakan spesies ini mempunyai peringkat mengawan dan tidak mengawan. Konidianya adalah jenis gelap dan begitu juga perithecianya. Pertumbuhan berbagai jenis kulat ini menyebabkan kerja mengenalpasti spesies sukar. Genera yang biasa didapati pada mangga ialah:-

Tripospermum, Limaciluna, Trichopelteca, Chaetothyrium, Antennulariella,
Capnodendron, Scorias (Neocapnodium), Scolecoxyphium dan Polychaeton.

Kawalan:

Kawalan serangga yang mengeluarkan manisan. Sembur dengan racun malathion, white oil, demoton-S-methyl dan methamidophos.

Penyakit Bintik Kerah (Crusty leaf spot)
Penyakit ini biasa ditemui pada daun-daun tua yang pokoknya kurang subur. Pokok di kawasan dusun, tapak semaian dan pokok yang ditanam di kawasan rumah selalu diserang oleh penyakit ini. Penyakit ini hanyalah menyebabkan bintik-bintik pada daun dan tidak begitu merbahaya.



Penyakit ini kelihatan seperti bintik gelap yang timbul, keras serta berbentuk bulat atau lonjong. Bintik ini terdapat pada permukaan bawah daun. Bintik keras ini berukuran lebih kurang 1 mm dan senang ditanggalkan dari daun. Di permukaan atas daun pula bintik ini kelihatan kekuningan dan di tengahnya bintik berwarna gelap. Daun-daun pada dahan-dahan di bahagian bawah pokok kerap diserang penyakit ini.

Agen penyebab:
Disebabkan oleh kulat yang bernama Zimmermaniella trispora P. Henn.

Kawalan:

Sembur racun kulat untuk mengawal penyakit lain adalah mencukupi bagi menjauhkan penyakit ini. Lakukan pembajaan yang betul dri semasa ke semasa.



Penyakit Cendawan Angin
Penyakit ini adalah yang paling merbahaya menyerang bahagian kulit dahan, ranting dan batang utama pokok mangga. Pokok mangga yang berumur 5-15 tahun yang mempunyai kanopi agak tebal amat mudah dihinggapi oleh penyakit ini. Penyakit ini menyebabkan dahan yang diserang menjadi layu dan kering. Keadaan ini akan mengurangkan kanopi dan juga keupayaan berbuah.



Pada peringkat awal, terdapat bebenang putih seperti sutera di atas permukaan kulit batang. Dalam keadaan yang sesuai bebenang tersebut terus membaluti batang dan lama kelamaan warnanya bertukar menjadi merah muda. Bebenang ini akan kering bila batang yang diserang menjadi kering dan mati. Pada peringkat ini, maisila yang sterile berwarna merah muda menjadi semakin tebal lalu membentuk selaput.

Agen penyebab:

Disebabkan oleh kulat Corticium salmonicolor Berk et Br. dari keluarga Corticiaceae.. Kulat ini mengeluarkan dua peringkat, iaitu peringkat "corticium" dan "necator" Di peringkat "corticium" spora dikeluarkan di atas lapisan hymenium. Pada peringkat "necator" konidia dikeluarkan dari "sporodochium".

Kawalan:

Sentiasa jalankan pengawasan supaya penyakit ini dapat dirawati sebelum jadi teruk. Pangkas batang yang teruk diserang dan bakar. Sapu bahagian yang diserang dengan racun kulat jenis tridemorph dan lain-lain.


PEROSAK TANAMAN MANGGA DAN CARA MENGAWALNYA

Kumbang belangkas (Hypormeces squamosus)
Memakan pucuk, daun muda dan tangkai buah yang belum matang. Buah akan luruh awal dan tidak akan masak walaupun diperam. Balut buah di peringkat kecil. Sembur dengan dizinon atau cypermethrin.


Kumbang pengerat pucuk (Deporaus marginatus)
Menyerang tanaman pada peringkat berpucuk. Sebur dengan carbaryl, cypermethrin, deltamethrin atau dichlorvos.


Kumbang curculion (Alcidodes spp.)
Menyerang pucuk muda. Terdapat tanda hitam memanjang di bahagian tangkai pucuk. Pucuk akan bantut dan mati.


Kumbang pengorek buah (Cryptorrjynchus mangiferae)
Mengorek lubang di peringkat putik lagi. Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut !


Ulat pengorek pucuk (Chlumetia transversa)
Larva mengorek bahagian pucuk dan terus memakan bahagian tengah tangkai pucuk. Pucuk menjadi kecut dan mati.


Ulat pengorek batang (Rhytidodera simulans)
Menyerang pokok matang. Ulat yang menetas di dalam ranting mengorek masuk ke dalam pucuk dan terus menuju ke dalam batang. Ranting atau dahan yang diserang mempunyai lubang-lubang dan daun layu atau mati. Cantas dan musnah ranting yang diserang. Kawalan dengan racun serangga seperti malathion atau carbaryl. Masukkan paradichlorobenzene (ubat gegat) yang hancur ke dalam lubang, ditutup dengan tanah liat.


Lelompat daun (Idioscopus nitidulus)
Dewasa dan nimfa menghisap sap dari daun muda, menjadikan daun kecil. Kawalan dengan imidachloprid, carbaryl atau cypermethrin.


Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
Menyerang buah yang hampir masak menjadikannya busuk dan berair. Bungkus buah di peringkat sebesar telur ayam. Guna umpan protein dicampur dengan racun serangga. Sembur dengan acephate, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau fenthion.



SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED MANGGA
(sumber: FAMA)
Skop
Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah mangga yang dipasarkan di pasaran domestik yang merangkumi buah jenis Harumanis, Maha, chokanan dan Nam Dok Mai.

Definasi Terma
Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:

Tahap Kematangan
Terdiri daripada enam indeks kematangan seperti berikut:-

Indeks 1:
Buah muda berwarna hijau, kusam dan jika dimasukkan ke dalam bekas berisi air (ujian densiti) buah akan timbul. Tidak sesuai untuk dipasarkan.

Indeks 2:
Hijau muda berkilat. Buah telah matang dan warna hijau.

Indeks 3:
Hijau kekuningan

Indeks 4:
Kuning Kehijauan

Indeks 5:
Kuning. Buah berwarna kuning keseluruhan dari pangkal hingga hujung buah.

Indeks 6:
Kuning sedikit jingga. Buah telah terlalu masak dan lisut. Tidak digalakkan untuk dipasarkan.

Kotor
Terdapat pasir, lumpur, getah buah dan lain-lain yang boleh dibersihkan.

Segar
Buah yang cantik dan bersih.

Cacat Bentuk
Bentuk buah yang ganjil dan tidak seperti bentuk biasa buah mangga.

Rosak
Buah yang rosak akibat kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam dan busuk reput akibat serangan penyakit dan makluk perosak, lisut dan nyahwarna luar biasa, lecur terbakar serta kesan seperti cacat rupa yang melebihi 25% permukaan kulit buah.


Cacat Rupa
Mempunyai kesan tompok hitam akibat serangan lalat buah dan/atau kesan warna kelabu akibat terkena getah semasa penuaian pada permukaan kulit buah. Kesan-kesan ini terdapat pada 10%-25% permukaan kulit buah.

Keperluan Minima

Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit, kotoran dan sesuai untuk dimakan oleh manusia. Telah mencapai peringkat kematangan yang mencukupi (indeks 2- indeks 5).

Pengelasan Gred dan Saiz

Gred 1

Dari varieti sama dan kandungan bahan pepejal larut > 8oBix
Keseragaman tahap kematangan (kelonggaran maksimum: 5%)
Kesegaran (kelonggaran maksimum: 5%)
Kecacatan: cacat rupa, cacat bentuk, kotor (kelonggaran maksimum: 10%)
Kerosakan (kelonggaran maksimum: 5%)
Saiz yang seragam (berat >500 gm) (kelonggaran maksimum: 5%)

Gred 2:

Dari varieti sama:
Keseragaman tahap kematangan (kelonggaran maksimum: 5%)
Kesegaran (kelonggaran maksimum: 5%)
Kecacatan: cacat rupa, cacat bentuk, kotor (kelonggaran maksimum: 15%)
Kerosakan (kelonggaran maksimum: 10%)
Saiz yang seragam (berat 350-500 gm) (kelonggaran maksimum: 10%)

Luar Gred:

Buah yang tidak memenuhi ciri-ciri di atas
Pembungkusan dan Perlabelan

Pembungkusan:

Buah mangga daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.

Perlabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-

- Tarikh
- Nama / kod penanam
- No. kad pengenalan
- No. Pendaftaran Syarikat
- Alamat
- Komoditi
- Berat Bersih
- Gred

Persampelan

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78: 1973 Method of Sampling Fresh Fruits atau kaedah statistik yang dipersetujui.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Kementerian Pertanian Malaysia
Bangunan FAMA POINT, Lot 17304, Jalan Persiaran Satu
Bandar Baru selayang, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-61389622 Faks: 603-61383650 / 61385200
Emel: fama@pop.moa.my
Laman web: http://www.famaxchange.org/index.php

Menanam Longan

MENANAM LONGAN


PENGENALAN


Ia dikatakan berasal dari negeri China.

Nama saintifik
Nama lain
Keluarga :
:
: Dimocarpus longan Lour
Mata Naga
Sapindaceae

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Bagi pengeluaran komersil di Malaysia, beberapa kultivar disyorkan:-

Edaw
Banyak terdapat di Thailand. Pucuk barunya berwarna kehijauan. Sentiasa mengeluarkan buah yang banyak dan berkualiti. Buahnya besar, isi tebal dan biji kecil. Isinya ranggup, manis dan rasanya sedap. Buah dipetik agak awal kerana bijinya mudah bercambah walaupun semasa di pokok.


Chompoo
Buahnya lebih besar dan bijinya kecil. Pucuk daun mudanya berwarna merah jambu dan kemudiannya bertukar kehijauan. Warna isinya sedikit kemerahan (Chompoo bermaksud merah jambu dalam bahasa Thai). Buahnya sangat diminati


Biew Khiew
Daunnya seperti Edaw tetapi berwarna hijau tua dan pucuknya berwarna merah. Buahnya besar dan berkualiti tinggi daripada Edaw serta boleh bertahan lama di pokok.


Diamond / Berlian
Hasil daripada penyelidikan bioteknologi dan pembangunan longan di Thailand. Ia sesuai ditanam dan berbuah secara semulajadi di kawasan tropika termasuk di Malaysia. Buahnya besar dan manis tetapi sedikit berair.

KEADAAN TANAH DAN IKLIM

Terdapat banyak ditanam secara komersil di kawasan beriklim sub-tropika pada altitud diantara 300-600 meter dari paras laut. Penghasilan longan sangat bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah. Hujan yang berlebihan boleh menyebabkan bunga gugur, serta menghalang pendebungaan dan pembentukan putik. Curahan hujan tahunan yang paling baik ialah diantara 1200-1400 mm. Tanaman longan sangat peka kepada angin kencang.

Keadaan tanah yang mempunyai profil yang dalam (melebihi 100 pH 5.5 - 6.0 dalam kemasinan yang rendah adalah sesuai untuk tanaman longan. Tanah lanar sungai yang bertekstur halus dan dapat memegang air seperti Siri Tok Yong, Cempaka, Lundang, Kerayong, Tebok, Tawar, Gong Chenak dan Lubok Kiat adalah sangat sesuai untuk tanaman longan.

Tanah sawah yang kurang salir didapati boleh ditanam dengan tanaman longan sekiranya air dapat disalir dan aras air tanah dapat dikawal pada tahap 75 cm dari permukaan tanah sepanjang masa seperti Siri Tepus, Jabil, Lating, Cherang Hangus dan Kg. Pusu. Elakkan menanam di kawasan yang mudah bertakung air dan aras air bawah tanah yang tinggi seperti tanah gambut dan tanah lanar sungai yang sangat kurang salir seperti Siri Lubok Itik, Binjai dan Lubok Sendong. Bagi tanah sedentari (bukit), profil tanah yang dalam (melebihi 100 cm), bertekstur halus dan topografi kurang dari 20o adalah sesuai untuk tanaman longan seperti Siri Bungor, Rengam, Jerangau, Munchong, Batang Merbau dan Kuantan. (sila lihat struktur tanah di Malaysia) Klik !

AMALAN KULTUR

Penyediaan kawasan
Kawasan perlu dibersihkan. Bagi kawasan rendah dan mendatar, parit perlu dibuat. Tanaman penutup bumi adalah digalakkan.

Menyedia benih
Benih tanaman yang selalu digunakan ialah anak benih yang dibiakkan secara tampang, bergaris pusat 1.5 - 2.5 cm dan setinggi antara 45 - 60 cm.

Penaman di ladang
Jarak penanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris x 10 m antara pokok dengan kepadatan 166 pokok/ha. Jarak ini boleh didapati selepas menebang 50% pada tahun ke 9 penanaman. Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60 cm x 60 cm x 60 cm. GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada 4.5. Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg. bahan organan. Baja TSP sebanyak 250 gm ditaburkan di dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu sebelum menanam.

Pembajaan

Pembajaan peringkat belum matang
Gabungan baja organik dan baja bukan organik digunakan. Baja organik seperti najis haiwan disyorkan pada kadar 10 kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3-4 kali/tahun ditambah dengan baja bukan organik seperti 15:15:15 dengan kadar 1-4 kg/tahun.


Umur Baja kimia
(kg/pkk/thn) Kekerapan
(kali/thn) Baja Organan
(kg/pkk/thn) Kekerapan
(kali/thn) GML
(kg/pkk/thn) Kekerapan
(kali/tahun)
1
2
3
4 1.0
2.0
3.0
4.0 4
4
4
4 5
10
10
10 3
3
3
3 0.5
0.5
1
2 1
1
1
!



Pembajaan peringkat matang
Kadar pemberian baja seperti berikut:-
Masa Jenis Baja Kadar Kegunaan
2-4 minggu lepas berputik NPK 15:15:15 1 kg/pokok
Pembentukan buah.
1 bulan sebelum tuai NPK 13:13:21 1 kg/pokok Kemanisan buah.
Sepanjang peringkat berbuah Baja cecair koktail + racun
kulat + racun serangga Mengikut syor seperti di label Pembesaran buah dan
hasil yang bermutu.
2 minggu lepas pungut hasil NPK 15:15:15 atau
20:10:10
Baja organan kalsium nitrat
(sebagai baja tambahan
jika perlu, bila pokok lemah)

GML
2-3 kg/pokok


20 kg/pokok
1 kg/pokok


2 kg/pokok Menggalakkan pertumbuhan
pucuk baru dan meningkatkan kesuburan pokok.





2 bulan lepas kutipan hasil NPK - 12:12:17:2 + TE 1-2 kg/pokok Kesuburan pokok.
1 bulan sebelum aruhan
bunga dibuat NPK 1 - 12:12:17:2 + TE 2 kg/pokok Persediaan berbuah musim
selanjutnya.



PEMANGKASAN

Pemangkasan Pembentukan
Pokok longan dibiarkan tumbuh dengan sistem batang tunggal dan pangkasan dibuat pada ketinggian 60 cm. Selepas itu dibiarkan tiga cabang utama tumbuh. Batang ini dipangkas pula pada 30-45 cm dan biarkan 3 batang tumbuh tiap satu. Kemudiannya setiap dahan akan mengeluarkan 3-4 dahan. Ini akan menjadikan kanopi longan terdiri daripada 27-36 dahan. Pada keseluruhannya, ketinggian pokok dewasa ialah 3-4 meter dan luas kanopinya adalah 4-5 meter. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pokok. Pada peringkat awal, pertumbuhan pokok mestilah pada tahap subur supaya saiz pokok mencapai peringkat terbaik sebelum ia diaruhkan pada tahun ke 4 dan ke atas.


Pemangkasan Penjagaan
Pokok longan dipangkas untuk mendapatkan bentuk 'open center' yang akan menggalakkan cahaya matahari masuk ke dalam kanopi. Di bahagian sisi kanopi pula dibuat pemangkasan penjagaan untuk menggalakkan cahaya dan pengudaraan yang sempurna.
Sila lihat panduan pemangkasan pembetukan dan pemangkasan penjagaan. Klik !


Pemangkasan Bunga dan Buah
Pada keadaan tertentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah. Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing. Jika buah terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya. Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah. Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu), iaitu bila jambak bunga berukuran 10-12 cm panjang (anggaran 40-50% bunga dipangkas) dan bila berputik (anggaran 10% putik dipangkas).


PENGURUSAN AIR

Air merupakan keperluan asas untuk membangunkan kebun longan. Jika kawasan mudah dibanjiri air (air mudah bertakung), sistem saliran perlu diadakan. Pengairan sangat diperlukan pada peringkat awal penanaman, semasa aberbunga dan juga semasa pembesaran buah.

PENGURUSAN PEROSAK

Memandangkan tanaman longan masih belum ditanam secara meluas di Malaysia, serangan serius serangga perosak dan penyakit masih belum lagi dilaporkan. Namun begitu beberapa perosak dan penyakit utama telah ditemui di negara-negara pengeluar longan secara komersil seperti Thailand, Taiwan, China dan Florida.

Kawalan serangga perosak adalah seperti berikut:-

Pengorek buah - Sejenis kupu-kupu, larvanya menyerang bahagian buah. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.


Thrips - Pada daun dan buah. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.


Mile - Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah menjadi tompok kuning. Serangan pada kebiasaannya berlaku pada musim kemarau. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.


Lalat Buah - Serang pada buah. Kawalan kultura iaitu sanitasi ladang. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.


Kesing - Merosakkan jambak bunga, daun muda dan pucuk. pucuk menjadi rosak dan terbantut. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.


Webworm - Memakan pucuk dan tunas baru. Guna racunj serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.


Gagak - Buah dimakan oleh gagak, keluang dan kelawar. Memasang jaring/pukat pada bahagian atas pokok longan. Tembak menggunakan senapang.


KAWALAN PENYAKIT TANAMAN LONGAN


Penyakit yang biasa menyerang longan ialah kelapuk hitam, antraknos dan beberapa penyakit yang ditemui di negara-negara pengeluar longan.

Kulapuk hitam - Berjelaga hitam pada daun dan kulit buah. Kawal koya dengan minyak putih pada kadar 1:50.


Penyakit Reput - Tangkai buah kering dan buah gugur. Memangkas dahan untuk memperbaiki pengudaraan dan merendahkan kelembapan di sekitar kanopi pokok.


Antraknos - Serangan pada buah dan daun. Guna racun kulat yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.


Mati Rosot - Seluruh pokok atau sebahagian pokok didapati mati mengejut disebabkan saliran yang kurang baik. Jangan tanam di kawasan air yang bertakung dan saliran yang kurang baik.


TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL

Kawalan menggunakan racun perosak boleh menimbulkan kesan sampingan terhadap alam sekitar dan kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang. Semburan hendaklah dilakukan secara berhemah. Ikuti aturan menggunakan seperti yang disyorkan serta patuhi arahan yang dinyatakan.

KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

Aruhan Pembungaan
Longan Edaw, Chompoo dan Biew Khiew adalah kultivar yang memerlukan suhu yang rendah dan kering (2 bulan) untuk berbunga. Pada kebiasaan biasa, ia tidak berbunga di Malaysia. Menurut kajian, longan Edaw boleh berbunga dengan menggunakan rawatan kalium klorat.

Sebelum rawatan, pastikan keseluruhan daun telah matang dan tiada pucuk baru. Larutkan kalium klorat bersama air pada kadar 8 gm/m persegi (keluasan kanopi). Bersihkan kawasan kanopi, kemudian larutan tersebut dicurahkan ke atas tanah dibawah kanopi di sekeliling pokok. Kadar kalium klorat yang diperlukan untuk mengaruh pembungaan dan jumlah air yang diperlukan untuk melarutkan kalium klorat mengikut kadar keluasan kanopi adalah seperti berikut:-

Jejari

(kaki) Jejari

(m) Keluasan
Kanopi
m2 Kadar KaliumKlorat
(8gm/m2)
(gm) Kadar Air Digunakan
(Liter)
1
0.30 0.29 2.32 0.46
2 0.61 1.16 9.29 1.86
3 0.91 2.61 20.91 4.18
4 1.22 4.65 371.7 7.43
5 1.52 7.26 58.07 11.61
6 1.82 10.45 83.63 16.73
7 2.13 14.23 113.83 22.77
8 2.43 18.58 148.67 29.73
9 2.74 23.52 188.16 37.63
10 3.04 29.04 232.30 46.46
11 3.34 35.13 281.08 56.22
12 3.65 41.81 334.51 66.90
13 3.95 49.07 392.58 78.52
14 4.26 56.91 455.30 91.06
15 4.56 65.33 522.67 104.53
16 4.86 74.33 594.68 118.94
17 5.17 83.92 671.34 134.27
18 5.47 94.08 752.64 150.53
19 5.78 104.82 838.59 167.72
20 6.08 116.15 929.19 185.84




1
2
3
4
5
6
7
8 -
-
-
-
-
-
-
- Daun matang (hijau tua) keseluruhannya.
Bersihkan bawah kanopi dari rumpai
Kira purata jejari pokok dalam kaki (kolum 1)
Timbang kalium klorat mengikut jadual di atas (kolum 4)
Sediakan air bersih mengikut jadual di atas (kolum 5)
Larutkan kalium klorat ke dalam air dan kacau dengan kayu sehingga larut kesemuanya.
Curahkan rata-rata pada larutan kalium klorat itu di bawah kanopi.
Keputusan akan dapat dilihat antara 2-5 minggu.

Penentuan masa aruhan ini dibuat kerana terdapat hujan yang mencukupi bagi pengeluaran putik dan pembentukan buah. Suhu sebelah malam yang sejuk adalah baik untuk pembentukan buah.

Kematangan Buah
Longan mengambil masa 5-7 bulan (bergantung kepada kultivar) daripada peringkat berbunga sehingga matang. Kulit buah longan matang lebih licin dan berwarna perang kekuningan berbanding dengan buah longan muda. Bagi longan kultivar Edaw, pungutan hasil dibuat lebih awal sedikit kerana jika terlalu lama, biji mungkin bercambah walaupun buah masih di pokok.


Pungutan Hasil
Kutipan hasil dibuat dengan memotong tangkai buah termasuk sedikit bahagian daun dengan berhati-hati dan disimpan di dalam bakul. Buah yang dikutip ini dibawa dengan segera ke pusat pengumpulan hasil dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.

Pengendalian pasca tuai

Pemilihan buah dibuat di pusat pembungkusan. Buah yang baik disimpan dalam bakul dan dijual dalam keadaan bertangkai manakala yang rosak dan berlainan warna dibuang. Untuk pasaran eksport, rawatan buah secara rendaman racun kulat atau fumigasi sulfan dioksida digunakan sebelum dieksport.


Masalah dalam penanaman longan

Biennial bearing - masalah paling serius didalam penanaman longan secara komersial. Pengeluaran buah menaik pada satu tahun tetapi kemudiannya menurun pada tahun berikutnya. Pangkasan bunga dan buah perlu dibuat.

Saiz buah kecil - masih terdapat di Taiwan, Amerika Syarikat dan juga di tempat-tempat lain. Permintaan adalah kepada longan bersaiz besar.

Penyakit virus witches broom - banyak terdapat di negara pengeluar longan di Asia. Belum dikesan di Terengganu.

Kelawat dan keluang - musuh terbesar kepada longan. Pukat/jaring perangkap burung digunakan untuk memerangkap keluang dan kelawar, 2-3 rawan pukat mencukupi untuk 1 hektar.

Dahannya mudah merekah dan mudah tumbang - dahan longan mudah merekah dan mudah patah bila ditiup angin kencang. Kanopinya yang besar dan lebat dengan daun dan buah menyebabkan ia mudah tumbang bila ditiup angin. Oleh itu ia memerlukan tiang sokongan yang diikat pada dahannya.

Perlukan aruhan untuk longan berbunga - longan komersial yang berasal dari Thailand tidak berbunga semulajadi pada iklim Malaysia . Ia perlu diaruhkan dengan kalium klorat untuk berbunga dan berbuah. Pengusaha longan memerlukan satu program pembajaan yang intensif untuk mendapatkan buah longan yang berkualiti tinggi.